Selamat petang.
kali ini wan nak kongsi tips bagaimana nak pupuk minat kanak-kanak membaca versi wan. kalau sebelum ini,wan sudah bagitahu tentang tips untuk ajar anak makan sayur.boleh lihat di sini.
memang membaca ni agak kurang dalam kalangan budaya masyarakat kita.jadi,bagaimana nak bagi kanak-kanak minat membaca. jom kita terjah.
1)membawa anak ke kedai buku.
seriously,ini langkah awal dan pertama.kalau mak bapak sendiri pergi pasar raya,asyik duk masuk KFC,McD, mana la anaknya tak gemar makan bila dah besar nanti kan. Apa yang ibu dan ayah buat,anak akan ikut.
salah satu kedai buku di Malaysia.
bawa mereka selalu ke kedai buku.Tunjukkan pada mereka dunia buku yang penuh warna-warni dan pelbagai. Kanak-kanak ni cepat terpengaruh dengan persekitaran.Apabila dia melihat banyak buku, dia ingin meneroka sesuatu.Itu adalah langkah awal sebenarnya.dan kejayaan pertama ialah apabila anak itu meminta ibu bapanya pergi lagi ke kedai buku tersebut =)
2) meluangkan masa membaca buku bersama anak
kadang-kadang kita suruh anak baca buku,tapi kita sibuk memasak kat dapur. cuba luangkan sedikit masa untuk membaca buku bersama kanak-kanak.kadang-kadang , mereka rasa lebih dihargai dan bersemangat untuk membaca bila ibu bapa ada di sisi.
luangkan sedikit masa membaca bersama anak =)
bagi anak yang masih tidak dapat mengeja,ceritalah apa yang ada dalam buku kepada mereka.biarkan mereka terlopong mendengar cerita kita kerana itu antara feedback yang positif. Bagi anak-anak yang sudah boleh membaca, kita beri semangat kepada mereka untuk lebih membaca.
3) berikan hadiah buku kepada mereka @ saguhati
ibu bapa boleh hadiahkan buku untuk anak-anak ketika hari jadi mereka. dan minta kanak-kanak ceritakan apa yang ada dalam buku tersebut semasa hari jadinya kepada kawan-kawan.Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat kawan-kawannya juga untuk membaca.
hadiahkan buku sempena hari jadi mereka =)
Selain itu, berilah mereka sedikit saguhati apabila mereka selesai membaca buku.Sebagai contohnya,sediakan makanan kesukaan mereka apabila mereka dapat menghabiskan sebuah buku,atau jika ada wang lebih,belanja mereka makan di restoran kegemaran. Hal ini dapat menjadikan membaca itu satu kepuansan dan enjoy =)
diharapkan agar tips ini dapat memberi idea kepada ibu bapa untuk mendidik anak membaca.
32 comments :
waaahhh..tips yang menarik!!.
tak sabar plak nak ada anak!
tips yg baek !!
saya tak boleh masuk kedai buku, mesti beli buku !! hehe
dulu ayah aku selalu belikan buku juntuk aku. dah le mase tu aku tadika,macam2 buku die belikan. tapi dah besor ni aku tak minat membace plak. agaknye aku cume minat bace buku yang free kot...hehe..
umi ayie still belikan novel untuk ayie setiap bulan..kal oadik2 ayie tu buku ltihn memang biase umi belikan ah.. huhu
bagus isinya..macam isi karangan..
tambh satu isi lagi..bina perpustakaan mini kat rumah..xkira masa dan ketika boleh dok di situ..hhee..jnji ruangan bacaan ilmiah sentiasa up date..
mak saya selalu belikan buku untuk saya..;)..ada sekali dia belikan saya novel disebabkan saya peminat novel
@Syazwan haha.kahwinlah syazwan
@[sutera kasih] wah,memang kaki buku le ni ye
adoyai..belum ade anak la...nak cuba kat anak sape ni ek...hhe
@budak kampung haha.susahlah kalau semua nak yang free je kan
@cucu umie wah,dapat novel free.bestnya
@sarah-najwan terima kasih atas cadangan
ko biler nak kawin wan...hehe... :)
ayahku x pernah belikan aku sejak aku masuk kolej..heheh tapi time dari darjah 1 sampai darjah 6..selalu je dia belikan..
aku selalu masuk kedai buku tapi duit xde last2 beli majalah solusi..huhu sebenarnya nak beli novel..faham2 jela harganya mahal kan
@Anggerik Wangi owh,kaki novel rupanya ye
@::anak jawer:: erk kahwinlah cepat.hoho
@puteraduyongx maw jawab.haha.kuar topik ni.hehe
@Syuxer majalah pon ok je.memang harga mahal lah.
I agree with u. I think the most effective way is reading stories to childrens as their bed time routine. Especially fantasy stories. Sometimes it helps build up imagination part of themselves :)
mak saya always baca buku time before nk tidur, at least from that i ada la juga jinak2 nak membaca
wah hebat wan ni..mcm dh ade anak pulak ye..heee :D
cari buku kale2
tak de calon la..dah tue2 mcm ni pun malam baca lg...kalau exam tu baca note je...buku teks tak sentuh pun...hehe
-Yok mampir diluk = serangan tikus makin menjadi...
@Aiman Ariffin setuju.biar anak dengar cerita kita before dia tidur.lebih elok kalau ceritakan pasal kisah nabi
@Aman Ibrahim your mother is a good mother =)
@アヌム ちゃん x de lah akak.sekadar share je
@JIJI YU TQ.satu lagi cadangan yg bernas
@::anak jawer:: belajar sampai ke hujung hayat kan =)
ecececeh, macam dah ada anak ye..btw good sharing
tambah satu boleh? pupuk minat daripada kecik. melentur buluh biarlah dari rebungnya kan
@IMANSHAH haha.masih single mingle k
@kiwi thanks for suggestion.
Post a Comment