Friday, June 24, 2011

WE HAVE OUR OWN CHOICE.






Selamat petang.




Alhamdulillah.my two paper is already done. syukur,dua-dua boleh jawab dengan confident.just wait the result.ok.speaking london la pulak petang-petang ni.al-maklumlah dah lama x cakap omputeh,entah-entah dah berkarat dah. kena selalu belajar cakap,senang nanti nak presentation,nak cari kerja.betol kan? =)




back to topic,usia macam wan ni,iaitu dalam lingkungan 20-an adalah usia untuk kita bina hidup kita sendiri.setuju kan.waktu ni,kita mula untuk berdikari dengan tidak mengharapkan orang lain.Kita mula mencari arah hidup kita sendiri dan lebih penting,kita mula mencari identiti diri kita yang sebenar.



Pernah tak,korang dengar cerita daripada kawan korang yang katakan,mereka kurang suka pada cara ibu bapa mereka didik mereka.Ibu bapa melayan anak mereka yang sudah berusia 20-an seperti budak sekolah rendah. Sebab itu ada,orang yang sepatutnya sudah matang,tapi belum matang sepenuhnya kerana terikat dengan cara didikan ibu bapa.




Sebagai contohnya, waktu kita kecik dulu,ibu bapa marah bila kita keluar malam.Tapi,janganlah bila dah besar seperti wan ni,ibu bapa masih bising kalau anak keluar malam dan pulang lewat.Padahal,anak tu bukannya buat benda yang tak senonoh,sekadar meluangkan masa bersama rakan di gerai mamak.Itu sahaja.tapi,disebabkan ibu bapa tersilap didik anak mengikut usianya, anak jadi memberontak.




Ibu bapa masih boleh mendidik anak,itu tak salah.tapi,biarlah kena gaya dan tempatnya.biarlah kena dengan usianya.Jangan didik mereka macam budak kecik.bila mereka besar,mereka juga inginkan sedikit kebebasan. Setakat pulang lewat malam,itu sudah menjadi kebiasaan bagi usia seperti wan.



Lagi satu,ibu bapa suka marahkan anak bila anak buat salah ketika mereka berusia 20-an. Ibu bapa mesti ingat,anak yang di sekolah rendah,memang sesuai jika ibu bapa membebel,kerana mereka memang perlu ikut apa yang dilarang.Namun,bagi yang berusia 20-an macam wan,pendekatan itu adalah sangat tidak sesuai.Waktu ini jiwa mereka cepat marah dan memberontak.Gunakan pendekatan yang lebih sesuai seperti menegur cara elok dan bukan marah dan menengking seperti waktu kecil.




Usia 20-an ni kira usia untuk anak-anak berfikir tentang diri mereka sendiri.Bagi wan kan,waktu macam inilah wan fikir apa yang wan akan lakukan untuk lagi 10 tahun dan berikutnya.Ibu bapa sepatutnya beri sokongan dan bukan cemuhan dan suka membantah.Jangan layan mereka seperti budak kecil yang tidak tahu apa-apa.



wan terdengarlah beberapa orang kawan bercerita akan kesan kepada mereka apabila ibu bapa melayan mereka sama seperti budak kecil.itu ak boleh ini tak boleh.dan mereka katakan kesannya ialah mereka kurang matang,tidak mahir dalam pelbagaibidang kerana tidak diberi peluang untuk belajar sesuatu yang baru kerana terlampau disekat oleh ibu bapa.




p/s Layanlah anak yang dalam 20-an ni seperti kawan dan bukan seperti seorang budak kecil yang baru lahir.

19 comments :

..cik gugu.. said...

betol3~

IQBAL ZARIN said...

sangat tepat. aku setuju ape yg ko ckp ni. nak buat entri tema ni lah. :)

JIJI YU said...

hehehe.kalopon pilihan kita..tapi kita memerlukan bimbingan jugak

eddy syrol said...

ibu bapa ada kebimbangan mereka sendiri..dan sebagai anak, tak salah kan kita nak reda kan kebinbangan mereka selagi nyawa mereka masih ada.. (~_~)

jom terjah...




SABAR MENCAPAI IMPIAN






MINTA DERMA KE MINTA SEDEKAH

Rozuan Ismail said...

@IQBAL ZARIN wah,entri ada tema ye?huhu

Rozuan Ismail said...

@JIJI YU memanglah,tapi ibu bapa bagilah kebebasan pada anak untuk pilih jalan hidup sendiri asalkan tidak berlanggar dengan agama.

Rozuan Ismail said...

@eddy syrol itu tanda mereka sayang kita.tapi jgnlah ibu bapa nak anaknya ikut apa yang dia nak.bagi mereka jalan hidup sendiri

::blog anak jawer:: said...

awal 20-an...ahir peringkat remaja... di awal dewasa... dah kene belajar berdikari sendiri...dah kene matang...

-Yok mampir diluk = serang balas artikle menghina UIA...

Aman Ibrahim said...

AMAN teramatlah setuju dan suka entry Pak Cik Biola kali ini. Setuju sangat2!! sebab apa setuju sangat2? sebab Aman dilayan seperti ini and you know what? Aman still takut nak guna public transport sebab dah terbiasa parent jemput..

p/s: kena bagi anak2 berdikari and explore something by themselves, dey all cume supervise

cucu umie said...

pendektn yg sistematik perlu bg yg sudah berumur dlm 20-an nie sebb pemikirn remaja nie berbeza dripada kanak2 disamping sentiase inginkan kebebasan dlm kehidupan..

apik pehe said...

betol tu wan..umor wan 20-an tu memang da patot kawen..bina hidop baru..hehehe

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Setuju sgt. Nice entri.. :)

KiD said...

hmmm.. bila tiba masa kita mendidik anak, baru kita akan rasakan perbezaannya...
Apa ada dengan 1100 ?

Rozuan Ismail said...

@::blog anak jawer:: betul tu,dah besar ni kena matang dah.

Rozuan Ismail said...

@Aman Ibrahim laen kali aman kena la buat sdiri.biar bdikari ok

Rozuan Ismail said...

@cucu umie setuju ngan ayie.pendekatan untuk golongan ni mestilah penting.

Rozuan Ismail said...

@apik pehe apik la yang patut kahwin.belajar pon dah habis,hehe

Rozuan Ismail said...

@Rabiatul Adawiyah Abd Rahim TQ

Rozuan Ismail said...

@KiD setuju.belajar dari pengalaman