Thursday, July 7, 2011

KATA DULANG PAKU SERPIH,KATA ORANG DIA YANG LEBIH




Selamat pagi.




InsyaAllah,esok wan akan kembali ke UKM
untuk teruskan kerja-kerja wan
dalam proses sampling projek akhir
tak sabar rasanya nak lakukan yang terbaik untuk semua
doakan wan selamat pergi dan pulang =).



ok.back to main topic.
sebenarnya ramai orang yang jenis macam ni.
suka sangat jaga tepi kain orang,sehingga tepi kain sendiri
yang tidak terjaga.
situasi ni memang banyak berlaku dalam masyarakat kita.
orang kita kan suka konsep "sharing is caring"
ambik beratlah kononnya,padahal umpan nak mengumpat.




 tak perlu nak bergosip tentang orang lain,cermin diri dulu.



orang macam ni jenis yang suka cari kesilapan orang.
ibarat gajah depan mata tak nampak,kuman seberang laut nampak.
apa yang orang buat,semuanya salah.
kira dia sorang je lah yang perfectnya.
macam area rumah wan pon,ramailah spesies under kategori ni.
suka ngumpat anak orang itulah inilah,
padahal anak sendiri lebih kurang je,entah-entah lebih teruk.




sebelum nak mengata orang,cermin dulu diri sendiri.
perfect sangatkah kita ni sampai nak mengata orang
dah banyak pahala ke sampai nak buat dosa tuh.
 jangan sebab mulut kita yang celupar,
bukak pekung kat dada sendiri pulak ye.
buat malu percuma je.




 orang yang suka mengata ni,baik zip je mulut diorang =(



nak menegur tiada salahnya kalau benda itu salah
tapi biarlah ada batas dan adabnya
jangan pakai main terkam je nak menegur.
boleh mengaibkan orang yang ditegur.
jangan sampai dke kerana caring terlampau,satu kampung pulau
baru terkena batang hidung sendiri.



semoga,entri ini dapat berikan iktibar dan panduan pada kita semua
sebelum kita nak mengata orang,
cermin diri sendiri tu dulu.
adakah kita sempurna dan tak pernah buat dosa?
Ingatlah,manusia tak kan pernah sempurna
Hanya Allah SWT yang sempurna.

22 comments :

..cik gugu.. said...

betol3~ setuju sgt.. gugu pon ade wt n3 psl ni...

ArELeEz said...

jgn busy body tp, amik berat. jgn mengumpat tp, tegur2lah.

Marya Hana said...

ni tajuk aku.

ohh 'sharing is caring" kannnnnnn..

Isteri Encek Bard said...

be positif tuk mengelakkan kita dari ada sifat sedemikian.. hihihii :)

Rozuan Ismail said...

@Marya Hana haah la marya.lebih kurang.huhu

nohoho =) said...

sharing tak semesti nya caring..haha

whitecappuccino said...

setuju sgt2..sharing is caring tapi jgn cari dosa kering.

NadiRah said...

betol...
skng ni dh byk sgt org nk jd juri x bertauliah..
buat entry memburuk2kn org..
tak suke!!!!

JIJI YU said...

tapi kan wan..dalam islam sahring is caring tu mmg wajib diamalkan.tapi dengan cara yang betol le..

Rozuan Ismail said...

@nohoho =) suka sangat =)

Rozuan Ismail said...

@JIJI YU sharing boleh tapi berpada

azrijohan said...

betul tu wan

banyak tokok tambah je sharing2 sekarang ni...ape daaa

KizZ said...

Setuju.
Sekarang ni banyak sangat orang yang berlagak nak jadi hakim,nak jadi sang pengadil sesuka hati tuding jari kat orang lain padahal lagi 4 jari menuding diri sendiri..

::blog anak jawer:: said...

mulut org mmg susah nk tutup... kang kalau terkene ape2 kat batang hidung sendiri baru tau...kan...

-Yok mampir diluk = ”anak jawa kembali dengan sesuatu yang baru..

Rozuan Ismail said...

@KizZ nak jadi hakim x bertauliah le tuh

Rozuan Ismail said...

@::blog anak jawer:: kalau dah terkena btg hidung sendiri,baru nak senyap.huhu

waN Mohd Salim said...

almaklum la bro .. dunia .. huhu manis dan masin kehidupan dear

cucu umie said...

i like it statement wan..huhu suka tahu pasal anak orng..tpy anak sendiri tidak terjaga..huhuhu

FasiHaH SupiaN said...

dalam islam ade ajar..bilhikmah, tp kadang2 kena bagi gak sedas baru depa sedaq pe salah depa...

Rozuan Ismail said...

@FasiHaH SupiaN bila dah kena sedas baru bertobat gamaknya

zacky786 said...

wan.. wa rindu sama lu .. ahahah

Anonymous said...

yaa , setuju sgt . kat cne lg bnyk org cmtu .