Wednesday, July 6, 2011

TIPS DAPATKAN IDEA UNTUK BUAT ENTRI




Selamat petang.



blogger juga adalah manusia biasa dan banyak kelemahan
dalam menghasilkan entri untuk para pembaca,
blogger juga punya masalah tersendiri.
kadang-kadang akan timbul isu kekeringan idea
dan fikiran buntu ,tak tahu nak berkonsi tentang apa.
walhal banyak isu yang ada di sekitar kita.




sekarang ni wan nak bagi tips cara untuk dapatkan idea
bagi menghasilkan sebuah entri yang berkualiti.




1)sentiasa membaca.





membaca jambatan ilmu =)




blogger sebenarnya perlu banyak membaca.
tak kiralah membaca novel,buku ilmiah,akhbar atau apa sahaja.
sebab dari pembacaan kita,akan hasil idea untuk membuat satu entri.
membaca juga dapat menjadikan kita seorang blogger yang matang
dalam memilih sumber untuk diletakkan dalam sesuatu entri.
ye lah,sebagai contoh kita nak buat entri tentang sesuatu isu,
kita kena baca banyak surat khabar,baru kita dapat tahu
perbezaan antara berita yang ditulis dalam surat khabar yang berlainan.




2)sentiasa travel dan berjalan-jalan.

jauh perjalanan luas pemandangan



kalau ada masa,pergilah ambik angin dan jalan-jalan.
kalau ada bajet lebih,macam Ady Budika tuh,boleh la ke bandung
tapi,kalau tak de bajet,jalan-jalan sekitar rumah pon ok.
jalan-jalan tepi pantai ke hirup angin segar.
baru tenang kepala otak tuh.
otak tengah freshlah baru banyak idea masuk.
jangan asyik terperap kat rumah je.
otak tak berkembang nanti ye =)




3)sentiasa blogwalking.




blogwalking adalah perkara wajib ye bagi setiap blogger.
jangan ingat blog korang tu hebat sangat sampai tak nak blogwalking
blogwalking ni banyak faedah.
selain dapat merapatkan silaturrahim,blogwalking juga dapat mengasah minda
ye lah,tengah duk kering idea,pergi blogwalking,dapatlah idea sikit
bukan terus tiru copy paste ye.tapi,
ambillah idea tentang sesuatu isu tuh dengan gaya sendiri.




4)sentiasa ambil gambar.




tangkap moment sesuatu peristiwa.



 
gambar juga elemen penting dalam sesuatu entri.
kira gambar ni penyeri sesuatu entri la.
gunalah kamera yang anda ada.tak kiralah kamera dari jenis apa
kamera fon ke,kamera kodak ke,kamera digital ke,kamera DSLR.
ambil gambar dan cuba lihat balik gambar yang anda ambil
anda mampu hasilkan entri daripadanya
Ingat tak kata pepatah.
A picture is worth a thousand words




itu sahaja tips dari wan yang chomel(angkat kaki sangat!!)haha..
banyak lagi tips lain sebenarnya.
semoga tips ini berguna buat anda semua.
thanks for reading =)

22 comments :

..cik gugu.. said...

gugu bese wt no 2 n no 4...

Miscellaneous Smiles said...

ohhh~~

Shafiq said...

Terima kasih kongsi tips. :-)

Roti Telur said...

tips yang berguna :-)

Umedia Network said...

Nice info. huhu. Like this. :)

J.Syazwana said...

tips yang bagus :)

tia @ Ini Kisah Tia said...

Tia guna sentiasa blogwalking . hehe . dapat banyak idea :)

AliaJustea said...

waaahhhh ! setuju sangat2 lah !

nadia fatihah said...

tima kaseh untuk tips, nadia mmg suka blogwalk. ahaha :)

i'm ezza haniza said...

nice info :) heheheheh

Azlan said...

entry terbaik..keep it up bro...

Rahmad said...

no 1 sama no 4 banyak menyumbang idea buat entri bagi aku..hee

::blog anak jawer:: said...

part membaca tu agak malas siket..tp yg berjalan, bw n amik gambar tu rajin..thank sbb share..nice info..

Siti Zaleha said...

semuanya digunakan. hihihi

nelly said...

ini yang selalu nelly buat
:)

niena shopping2u said...

erm btul tu, sntiasa mmbaca.. sy jarang kuar tpi slalu mmbaca..slalu brfikir... tgk gelagat org pn da dpt idea ^^

Gaara said...

Info yang sngat berguna. Thanks bro..

awEEN said...

betul la tips yg wan bg semua tu..bila kite slalu buat semua tu barula mencurah-curah idea ke ladang gandum time nk tulis entry kan...

cucu umie said...

ayie susah sikit nak berblogwalking sekrng... ad maslh dengan dashboard yg xkeluar entry orng lain..mungkin sebb line internet probem..agk tension distu..aishhhh tpy suka membaca..hehe novel sentiasa disisi..

sahastrara said...

terima kasih di atas tips ini

Ary said...

tips yg sgt berguna... thanks..

ROJAK said...

kalau rajin buat tips pertama tu insyaAllah takde masalah nak cari idea baru untuk entri. ada sesetengah blogger tu blogwalk tapi tak rajin baca lepas tu komen entah apa apa takde kaitan dengan entri...