Friday, August 5, 2011

KETUPAT PALAS VS KETUPAT NASI




Selamat malam dan selamat menjalani ibadah puasa.




korang pernah makan ketupat tak?mesti pernah kan.bila datang je musim raya,ketupat ni kira makanan wajib untuk dihidangkan pada pagi raya. Kalau wan kat Kelantan,ketupat biasanya dibuat menggunakan daun palas atau lebih dikenali "ketupat palas". Ketupat palas ni biasanya popular di negeri Pantai timur dan utara semenanjung.




 ketupat palas




ketupat palas agak melekit dan berminyak bila disentuh sebab menggunakan santan dan beras pulut. Wan memang lebih terbiasa makan ketupat palas sejak kecil. Biasanya ketupat palas dimakan dengan gula melaka yang dicairkan.itu kira standardlah dekat kampung.boleh juga dimakan dengan rendang dan serunding.




zaman sekarang ni,orang lebih kreatif buat ketupat palas.ada yang buat ketupat palas campur dengan kacang soya,ada yang letak serunding dalam ketupat dan ada juga yang letak manisan dalamnya.ikut kreativiti masing-masing.



wan mula kenal ketupat nasi bila wan belajar di Perak dan KL dan bila menonton iklan raya di televisyen.wan kenal ketupat nasi ,cuma wan belom pernah tengok live orang masak ketupat nasi.Tapi,Alhamdulillah,wan berpeluang untuk anyam daun ketupat nasi dan ia menjadi.memang bangga.




 ketupat nasi




ketupat nasi biasanya dibuat dari daun kelapa.tapi mak wan sekarang ni beli yang ketupat Adabi yang dalam paket je bila nak buat nasi himpit dengan kuah kacang untuk makan dengan satay.lebih mudah dan praktikal.




ketupa tnasi biasanya orang makan dengan rendang tok dan juga lontong. boleh jugak makan dengan serunding.tak kiralah ketupat nasi atau palas,bagi wan ketupat ni satu makanan wajib yang perlu disediakan bila menjelang raya nanti.bagi wan,ketupat ni kira warisan zaman berzaman dari nenek moyang kita.




p/s tak sabar nak makan ketupat palas hasil tangan mak =)

14 comments :

IRmasha said...

kalau balik penang,baru merasa ketupat palas,kl kt mlk,stakat ketupat nasi je..

cucu umie said...

ayie tak reti bt ketupat palas..tpy reti bt ketupat nasi..kehkeh kalo raya ayie grenty akan tolong nenek bt punye..tak miss ah..hehe

Umedia Network said...

Ketupat palas saya tak berapa suka sebab dia pulut. Kalau ketupat nasi puas. hee. :)

Like page saya eh (www.facebook.com/umedianetwork)

Iffah Afeefah said...

ske ketupat palas y manis

wah mkn mcm tu je sddddpppp

J.Syazwana said...

tak suka ketupat palas.
huhu

JIJI YU said...

opah aku otai ketupat..

Suhaili Sarif said...

pandainya anyammmm...
akk buat byk kali mst x jdi.haha

..cik gugu.. said...

gugu ske ketupat palas... sdpnyeeee!

anamizu said...

cik ana anyam ketupat nasi tu jenuh x jadi2..hehe

fadhdeela said...

ketupat nasi sedap mkn ngan rendang ayamm :)

Meh sini: Sungguh Seksi Cara Tido!!

Ibnushukran said...

ketupat palas terbaik, mmng sedap.. aku suka ktupat palas bbnding ngan ketupat nasi.. ktupat palas rasa dia berlemak skit,nyummm.. haha

shandye. said...

ketupat palas tu buat guna beras pulut. sticky. manis, dan oh tersangatlah heavenly sedap.

my grandma makes killer ketupat palas. kalau time raya kami akan import dia datang stay rumah kami dan dia akan buat a whole batch (selalunya satu besen besar ittew hoccay??!!) of ketupat palas.

dan selalunya cucu dia yg keding ni la akan duduk tercokoh kat situ dan makan satu-satu. sedar2 dah boleh nampak dasar besen sebab dah byk habis ditelan.

lepas tu mulalah tuduh orang lain makan byk.

hahahaha....

Nava Krishnan said...

both are my fav, esp eaten with kuah kacang.

aDisH.sHidA said...

KETUPAT PALAS....NYUM NYUM SEDAAAAAAAAAAAAP