Saturday, August 6, 2011

PERUBAHAN.. TAK PERLU DRASTIK.




Selamat pagi.




Alhamdulillah.hari ni dah masuk hari ke 6 berpuasa.sangat cepat masa berlalu kan. semoga korang semua sentiasa lakukan amal ibadah dan kerja yang berfaedah di bulan puasa ni.




pagi ni wan nak borak pasal perubahan.perubahan yang wan maksudkan adalah perubahan sikap atau perwatakan kita.wan ada pernah borak dengan mak wan pasal benda ni.Mak wan cakap,perubahan tak semestinya laju dan drastik.boleh dimulakan secara perlahan.




Manusia memang sering melakukan dosa dan kesilapan.untuk menebus kesilapan mereka,manusia perlu berubah.Sebagai contohnya, kalau dulu, dia tak pernah berpuasa.Mungkin tahun ini dia ingin berubah,tak semestinya dia mampu untuk berpuasa penuh sebulan tapi dia boleh mencuba.Tapi jika tak mampu,dia boleh berpuasa sekadar mampu.orang kata pelan-pelan kayuh. Lama-lama dia juga mampu untuk berpuasa penuh.




Sama juga pasal isu bertudung. mungkin kalau dulu dia free hair.sekarang ni, teringin untuk berubah dan bertudung.tak semestinya dia perlukan terus bertudung litup.mungkin mengambil masa untuk dia berubah.belajar dulu pakai selendang kemudian ke step seterusnya.



Sebenarnya manusia ni punya perasaan untuk berubah tapi biasanya persekitaran juga menghalang mereka untuk berubah.Bila seseorang itu nak menjadi lebih baik,mulalah ada mulut mengumpat. patutnya kita menyokong benda yang baik dan bukan mengutuk.Bagilah ruang untuk kita berubah kerana manusia tak kan lari dari kesilapan.Itu sudah sifat manusia kan.kita tak sempurna.




Adalah lebih baik kita jangan paksa perubahan itu.Biarlah ia datang dari hati yang ikhlas dan kita sentiasa berdoa pada tuhan supaya diberi hidayah untuk berubah.Jangan kita nak terlampau berubah,tapi hangat-hangat tahi ayam sahaja.Mula-mula nampak baik,tapi disebabkan bukan ikhlas,mula kembali pada perangai yang lama.Itu sangat merugikan.



p/s Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah SWT untuk berubah =)

11 comments :

azrijohan said...

:)

Mr.Thinker@Ali said...

Yang penting kena tegur menegur.

Bro, bukan kena belajar pakai tudung dulu baru belajar pakai selendang ke? selendang macam lg advance sbb berlilit-lilit. entah lar. aku x pasti. sbb tu tanya. Hehehe~ :)

Iffah Afeefah said...

tpppp

erm msyrakat ske mghalng bende baik

cucu umie said...

perubhan itu memang secare slow tidak bloh secre drastik sebb bnyk faktor.. jika mereka mereka ingin berubh kita galakkan mereka..jgn pla mahu melemahkan smgt mereka

Achahani said...

Perubahan mmg tak blh drastik.

Apa2 kita buat dan apa2 juga kita perlu fikirkan hati kita diri kita bukan org lain.

InsyaALLAH asalkan benda baik, mndapat petunjuk :)

sea_lavender said...

sye setuju hijrah dalam diri tak perlu scra drstik...biar la ianya berpada2 mgkut kmampuan kita~ Allah Maha Mengetahui ...niat kita yg ikhlas semata2 krn Dia itu la paling pnting...bukan memandang dan mndgr kata2 org lain...hidup ini kita pnya spasang mata utk mnilai diri...org lain menilai kita berpasang2 mata.. jadi sampai bila pengharapan trhdap penilaian org lain buat kita..Ingat Allah Maha Melihat...darjat dr-Nya yang kita kejarkan..Insya-Allah.. sme2 la kita tingkatkan ibadah d bulan penuh barakah ini =)

apik pehe said...

betol wan..perasaan orang ni takleh dipaksa..kiter kena ikot flow dia sikit sikit..hehehe

..cik gugu.. said...

setuju3~

JIJI YU said...

kadang2 ade benda perlu dipaksa untuk kebaikan

fRaMe+LenSeS said...

Setuju wan, tapi sesetengah kena paksa sikit. ;) apa pun, laju ka lambat ka, suma atas diri. kalau hati kuat, mmg leh. kalau wat sebab orang. jenuh. takut bila orang dah tadak, trus kembali ke masa lalu. ;) all the best dalam berubah ya ..:)

mr.dinie said...

betul..betul..betul..XD