Thursday, September 15, 2011

APA GUNA




Apa guna berbangga jadi lelaki kacak,
kalau baca Al-Quran pon masih merangkak-rangkak.


Apa guna teringin jadi perempuan cantik,
kalau jam terpacak pukul 12 tengahari mata belom celik-celik.


Apa guna umur yang diberi sangat panjang,
Kalau asas fardhu Ain pon masih lintang pukang.


Apa guna jadi manusia,
Kalau usia yang diberikan hanyalah lakukan benda yang sia-sia.


Apa guna harta melimpah-limpah,
kalau nak hulur sedikit pada yang memerlukan pon susah,


Apa guna pangkat tinggi dan besar,
kalau kubur dah dekat pon masih tak sedar-sedar.

4 comments :

whitecappuccino said...

terima kasih..renung-renungkan..

Yuyu said...

jangan kata 'apa guna Allah bagi hidayah' camtu..

bila DIA berikan hidayah,isyaallah solat dijaga.maksud sebenar hidayah tu penting.klo solat susah payah maknanya dia tak dapat lagi hidayah

sorry..:)

Shafiq said...

peringatan buat kita... terima kasih..

アヌム ちゃん said...

nice...pernah baca gk b4 ni..huhu