Sunday, September 18, 2011

KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN | HINA TANPA SEDAR




Assalamualaikum semua =).




 sekadar gambar hiasan




biaselah,bila tiba musim cuti begini,mesti ramai yang ambik kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan kan.ye lah,masa cuti lah senang untuk mengumpulkan semua saudara mara dengan mengadakan majlis perkahwinan.




Kad jemputan perkahwinan menjadi budaya wajib dalam masyarakat kita sebagai tanda kita menjemput seseorang untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.Di dalam kad itu ada menerangkan tentang waktu,tarikh dan tempat berlangsungya perkahwinan tersebut.




Namun begitu,kadang-kadang kita tidak perasan tentang kalimah bismillah yang terpampang dalam kebanyakan kad undangan. Persoalannya, adakah anda menyimpan kad perkahwinan tersebut dengan elok atau tidak selepas majlis tersebut berlangsung?




Sesetengah umat Islam memandang remeh mengenai benda ini dengan meletakkan nya di merata tempat,dan secara tidak langsung menghina ayat suci tersebut.Walaupun hanyalah kalimah bismillah, tetapi ia tetap ayat Al-Quran bukan dan perlukan penghormatan yang sewajarnya.




wan pon sedar yang wan pon ada terbuang kad jemputan itu.sama-samalah kita perbaiki diri sendiri.untuk cerita lanjut mengenai perkara ini,boleh baca disini

10 comments :

Taufiq Tiramisu said...

betol tu. memang tak ada org simpan pun. dah lah ada perkataan bismillah. camne nak solve pun aku tak tahu

New Entry : 5 Ancaman Untuk Manusia Study

..cik gugu.. said...

x penah t'pk psl hal ni pak cek.. thk aw~

Norhafiza said...

bukan nak kate tapi ade benarnya..benda ni dah lame dibahaskan..tapi kita masih membutakan mata dan telinga..pada yang cepat sedar maka diambil perhatian..

NadiRah said...

betol jugak..x sedar slme ni..

lini hasnan said...

Eh, aah betula. saya pun amek remeh jek benda ni. Tapi Alhamdulillah la sebab kat rumah saya memang ada ruang untuk simpan surat3 ni.:)

wida said...

betul lah..

JIJI YU said...

tu la..nak wat kad pon kena pikir gak

nur amalina athman said...

betul tuu, selama ni saya pun tak kisah sgt. Thanks wujudkan entry ni.

Niena Pengembara Ilahi said...

ramai yg masih xsedar..

musi said...

salam;
jika rasa susah nak urus, mungkin dibakar cermat dan abunya di tanam elok-elok kat tempat yang baik atau abu hanyutkan kat laut dan sungai yang mengalir, drp di buang ke tong sampah atau merata-rata ni tidak baik.