Sunday, September 18, 2011

LEHER AYAH BERLUBANG | LETUPAN BOM DI SUNGAI GOLOK




Itu mungkin kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia, Wong Wai Siong apabila melihat perut anaknya terburai dan leher ayahnya berlubang setelah mereka diserang dengan letupan bom di Sungai Golok. Hati siapa tak terguris bila melihat darah daging sendiri dalam keadaan sebegitu.




Peristiwa yang berlaku pada pukul 8.15 malam hari kelmarin telah menggemparkan negara apabila 3 rakyat Malaysia terbunuh dalam serangan letupan bom itu. Mereka ialah Wong kai Sien,3, Wong Hong Yep,64, dan  Fooong Too keh,45, seorang pengurus insurans dari Kuantan ,Pahang.




 kereta yang musnah dalam letupan bom yang mengorbankan 3 rakyat Malaysia




Mereka yang datang dari Kota Bharu pergi ke Sungai Golok untuk membawa isteri menjalani rawatan setelah mengadu sakit perut di Hospital Sungai Golokdan membeli susu anak. Untuk cerita lanjut,anda boleh rujuk kepada   artikel ini




Itulah realiti yang perlu dihadapi.Maut datang tidak bertanda dan kita sentiasa perlu berjaga-jaga. Keadaan di Sungai Golok memang sangat tegang ketika ini dan segala kemungkinan boleh berlaku.Wan sarankan agar rakyat Malaysia tidak melintasi sempadan Thailand-Malaysia melalui Sungai Golok pada masa ini demi keselamatan kita bersama.




p/s Kepada keluarga mangsa takziah diucapkan dan harap banyak bersabar. 



 

4 comments :

JIJI YU said...

aku baca paper pg tadi.ade lagi berita yang bes..sal ic berlambak jatuh tu

fRaMe+LenSeS said...

gle menakutkan..

qasehraihan said...

kesiann kan..huhuhuhu

hai wan..

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/09/ada-ketikanyakerana-dia.html

azalia hjsalleh said...

tak tahu pun pasal berita nie
tq wan