Sunday, September 18, 2011

TIPS UNTUK MENJADI LELAKI PENYAYANG




Assalamualaikum dan salam sejahtera.




 sekadar gambar hiasan




sejak kebelakangan ini,banyak kita lihat kes perceraian terutamanya di negara kita .Di mana silapnya kerana perkahwinan itu adalah ikatan yang membawa kebahagiaan dan bukannya satu malapetaka kepada individu yang terbabit.Lelaki memainkan peranan yang penting dalam sesuatu hubungan.Jom kita lihat tips untuk jadi lelaki penyayang.




1) kurangkan ego dalam diri


Ego dengan lelaki adalah sesuatu yang lumrah dan natural.Memang ego itu hadir dalam diri setiap lelaki.Mereka bersikap ego untuk menunjukkan yang mereka bukan insan yang lemah dan mereka juga lebih berkuasa.Mereka menganggap dengan ego mereka,wanita lebih tertarik dengan mereka.Namun mereka silap,wanita lebih suka lelaki yang kurang egonya. lebih bersikap terbuka dan bertolak ansur.betul kan kaum hawa sekalian?




2) Fahami isi hati wanita.


kadang-kadang lelaki hanya inginkan perempuan memahami kehendak mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka langsung tidak memahami kehendak wanita. Namun disebabkan perasaan cinta wanita tersebut terhadap lelaki itu,mereka sanggup mengenepikan perasaan mereka. Buat kaum Adam.jangan ambil kesempatan dengan sikap wanita seperti itu. Seeloknya fahami isi hati wanita,lakukan sedikit kajian terhadap mereka. Tidak rugi ambil masa untuk kenali kehendak mereka kerana kebahagiaan yang berkekalan pasti dalam genggaman.



3)bersikap sedikit lembut,tidak akan hilang MACHO anda.


wanita memang inginkan lelaki yang macho tapi dengan sedikit kelembutan. Kata-kata manis dan melakukan sesuatu yang romantik tapi dalam masa yang sama menunjukkan sifat kejantanan merupakan idaman setiap wanita. Macho bukanlah tegas dan garang,tak senyum langsung sehinggakan wanita menganggap anda bukan seorang yang penyayang.


Semaikan sifat untuk jadi seorang lalaki yang penyayang .khas untuk bacaan kaum adam dan hawa!!


11 comments :

..cik gugu.. said...

huarrrggghhh pic tu.. suka2~~

JIJI YU said...

aku cakap cam kasar kan

lini hasnan said...

saya suka yang part faham memahami tu. Majoriti lelaki akan suka dan syg perempuan kalo pempuan tu boleh faham die.kan? Tapi memang jarang nak jupe lelaki yang memahami wanita, kenapaaaaaaa?

Shukri Mohd Ali said...

ewah kau.

Paris Hilton (M) said...

laki ego tinggi nk mampuihhh
@___@

Add Remove Block said...

Insya Allah ...tapi aku lom kawen lagi .... :)

anamizu said...

sharnaaz! owhh dem!

Shafiq said...

Tips yang berguna.. :-)

Aman Ibrahim said...

ego~ that is the 1st key but doest mean memperhambakan diri..

Niena Pengembara Ilahi said...

lelaki patut baca nie

musi said...

Salam;
lelaki harus sabar dalam semua perkara dan tindakan jangan ikutkan ego, sebab sebenarnya lelaki sangat sensitif jadi kena sabar ye!