Friday, September 30, 2011

TIPS UNTUK MUDAH MENGHAFAL / MENGINGAT




menghafal memang jadi masalah kepada hampir semua orang.kalau sebut membaca,memang semua orang boleh baca.tapi ,kalau sebut pasal menghafal,ramai yang fail. macam aku sebagai student biologi,nak tak nak memang tak boleh lari dari menghafal.kalau tak hafal,macam mana nak jawab exam nanti kan.




kalau kita perasan,waktu kecik dulu,sangat mudah untuk kita menghafal.apa yang cikgu ajar,semua masuk.Tapi,bila makin dewasa,makin susah untuk menghafal.adakah sebab faktor usia @ sebab-sebab lain? kat sini aku ada beberapa tips untuk mudah menghafal dan mengingat.



1)jaga pemakanan kita.




memang tidak dinafikan,pemakanan ni antara punca mengapa kita susah untuk menghafal.Orang kita gemar makan mee segera, jajan ,air berkarbonat. anda mengaku kan? makanan seperti itu memang boleh melembapkan fungsi otak. terdapat juga makanan lain seperti kepala ikan dan air yang mempunyai semut di dalamnya.Jadi, pemakanan yang seimbang dan berkhasiat sebenarnya mempengaruhi otak kita untuk menghafal.



2) jangan melihat benda lucah dan lakukan zina tangan.


tengok porno atau benda lucah juga boleh membuatkan anda sukar untuk menghafal. Kalau tak percaya,cubalah sendiri .pasti anda rasa menyesal. Aku pon tidak tahu kenapa sebabnya? tapi,kalau boleh elakkan dari melihat benda lucah kerana otak anda akan sentiasa memikirkan benda tersebut dan sukar untuk menghafal benda lain.Kurangkan melancap kerana ia juga kaan melemahkan pemikiran anda.




3)sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT

untuk orang Islam,tempat kita memohon perlindungan adalah hanya kepada Allah SWT.bukan kepada makhluk yang lain.sentiasa mengingati-Nya akan membuatkan diri kita lebih tenang dan hati kita menjadi lebih lembut. Ini akan dapat memudahkan kita untuk mengingati sesuatu perkara.




4)hafal bukan sekali =)

untuk kita mengingati sesuatu perkara,kita perlu mengulanginya beberapa kali.my lecturer pernah cakap, ulang baca sebanyak 7 kali dan anda akan mengingatinya.Otak yang biasa dan bukan genius memerlukan pembacaan yang kerap bagi menghafalnya.




5)amalkan gaya hidup yang sihat.
 pada yang jenis kurang bersukan,ringankan tulang anda untuk bersukan bagi mengeluarkan peluh dan meningkatkan stamina.otak yang sihat datangnya dari badan yang sihat.otak lebih mudah berfungsi bila badan pon cergas dan segar.kalau asyik berkurung dalam bilik,memang otak tak berkembang.


kat blog yang ni pon ada basnyak tips pasal isu ni,link dia mnirashid 


p/s good luck =) 

12 comments :

JIJI YU said...

jaga hati

Amirah Adnan said...

yeah..tips yg bagus..

senyumSOYA said...

betul2...jaga makanan n sentiasa berzikir..insyaAllah senang nak ingat...

ulang2 byak2..tapi sebab penyakit malas tu berleluasa maka....errrr... T.T

hafiz hafizol said...

erk... aku pun susah menghafal nie.. !!!

Cik Ila said...

petua yg bagos..

slm perkenalan..jumpe kt innit td.. ;)

sea_lavender said...

bgus perkongsian menarik =)
mekaseh2 berkongsi ye~~
ni tgh exam byk kena m'hafal~
tapi sye prefer memahami hehe =D

Amirah Yusof said...

makan kismis dan baca quran :)

sabree hussin said...

jauhi maksiat

cik mira saja ! said...

saya pun nak cuba juga lah tips ni . hari selasa depan dh exam PMR , harap tips ni dapat membantu .

IMANSHAH said...

saya nak upsr, moga berguna..hehe

littledolphin said...

jaga pemakanan tu memang sangat penting! kena kurangkan MSG. :)

aCu said...

wanje, u hv to make sure ur readers are 18 above okay. haha.