Sunday, October 2, 2011

BERKORBAN | BIAR BERTEMPAT




" SACRIFICE FOR OTHER'S HAPPINESS"


Berkorban. setiap orang pasti akan lakukan pengorbanan dalam hidup mereka. berkorban untuk diri sendiri,berkorban untuk cinta, berkorban untuk ibu bapa, berkorban untuk kawan-kawan.kira pengorbanan ni tak boleh lari dari kehidupan manusia.




Namun begitu, terdapat golongan manusia yang berkorban tidak bertempat. Memang pengorbanan secara realitinya satu kerja yang suci dan murni, meminggirkan hati dan perasaan sendiri demi kebahagiaan orang lain atau untuk mendapatkan sesuatu, tapi janganlah terlampau berkorban.




Nak tahu contoh berkorban tak bertempat? jom kita lihat situasi ini




1)seorang ibu sanggup berkorban menjadi pelacur demi sesuap nasi untuk anak-anak.


kalau kita lihat,sekali dengar kita berasateruja dengan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.tapi bila kita lihat, apakah maruah seorang ibu begitu murah untuk menjadi seorang pelacur? berkorban itu boleh tapi janganlah sampai mengorbankan maruah diri sendiri. Banyak lagi jalan lain yang lebih diredhai Allah SWT. pohonlah pada-Nya kerana setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaiannya.





2)sanggu solat diakhir waktu kerana memberi keizinan untuk orang lain solat dahulu


solat disini aku wakilkan kepada Ibadah yang lain. Mungkin perkara lain kita boleh berkorban untuk orang lain dahulu.Tapi,dalam bab solat dan ibadah lain,kita perlu dahulukan diri kita. Aku sebenarnya tidak pasti tapi aku pernah dengar ustaz dan ibuku sendiri berkata kita perlu dahulukan diri kita dalam bab ibadah berbanding orang lain.





3) sanggup berkorban menukar agama semata-mata ingin beroleh hidup yang senang


ini satu perkara yang perlu dititikberatkan terutama pada pihak yang berwajib.aku pernah terbaca tentang satu artikel akhbar beberapa bulan yang lau di mana seorang ibu tunggal yang miskin beragama islam mendapat tajaan untuk meneruskan kehidupan oleh sebuah gereja setelah permohonannya untuk mendapat bantuan dari baitulmal ditolak. apakah kita sanggup lihat umat islam memnukar akidah mereka semata-mata mereka inginkan kehidupan dan kesenangan dalam hidup?jika kita seorang Islam yang prihatin,sudah tentu tidak bukan.




sebenarnya banyak lagi contoh tentang pengorbanan kita yang tidak bertempat. Berkorban itu boleh tetapi jagalah agama dan maruah diri kita.Jangan begitu rapuh untuk dipesongkan.


p/s selamat berhujung minggu =)



7 comments :

anamizu said...

BERKORBAN..hemmm kdg2 ade yg terfikir dek akal..


wahhhh! blog wan dah lain la!
err ke cik ana yg lame x dtg?? :(



luv,
cik ana.

Nalisa Syahira said...

berkorban jgn samapi terkorban .

Benrauf said...

Biar berkorban jangan terkorban.

qasehraihan said...

berkorbanlah untuk kebahagiaan asalkan tidak melanggar batasan..hehe

IMANSHAH said...

bekorban apa sahaja, harta atau pun nyawa

terkenang pengorbanan sahabat sewaktu mula2 nabi muhammad menyampaikan dakwah islamiah

JIJI YU said...

weyh...aku baru nak baca entry engko..tetiba aku tgk blog ko bersalin kulit..waaaa..

KaK LimAh Si SupiR said...

ye, berkorban bia bertempat