Monday, October 10, 2011

BILA SI "KAYA" TAK PERNAH HIDUP SUSAH (VERSI SENTAP)




Selamat awal pagi.




bila aku berada kat UKM ni, bermacam jenis ragam orang aku boleh kenal. kira banyak perangai dan kerenah kita ni. kadang-kadang benda macam nilah yang mewarnai kehidupan kita. Ada yang tidur kena bukak lampu, ada yang nak pergi toilet malam pon kena berteman, ada yang berak pon boleh terlelap.memang kelakar kalau fikirkan balik tapi itulah realiti.manusia ni banyak perangai.




dalam banyak-banyak perangai,ada jugak yang jenis anak orang kaya yang tak pernah hidup susah. Duk kat rumah,bilik sorang satu,toilet tak payah share.makan tak reti nak simpan.ye lah orang gaji banyak kat rumah.tapi kali ni aku nak buat senarai jenis anak orang "kaya" yang tak pernah hidup susah. Tapi kenapa kaya tu in bracket? sebab ini edisi sentap punya!




1)jenis yang masuk jamban, berak @ kencing tapi tak reti nak flush





tahulah kat rumah korang ada maid @ mak korang yang akan cuci toilet korang.tapi kena ingat ye,ini asrama bukan rumah sendiri.dah guna,pandai-pandailah flush.kalau najis kau tuh wangi macam perfume Ambi pur tak kisahlah jugak.ini tidak,bau mengalahkan loji kumbahan. Susahlah dapat yang jenis kaya sangat sampai tak reti nak flush.



 
2)yang jenis pakai barang orang tapi tak mintak izin


ini lagi satu jenis perangai manusia yang tak boleh blah. dalam hidup kita ni tak perlulah nak sharing sangat ye.tak de maknanya istilah sharing is caring tuh.tahulah ko anak orang kaya boleh buat suka hati,tapi tak perlulah kau nak ambik barang orang tanpa permission.tak de adab tuh jawabnya =). kan dah kena sentap lagi.




3)pasang muzik kuat-kuat bagi satu asrama tahu kau sorang je ada speaker mahal


tahulah kau anak orang kaya dan kau sorang je mampu nak show off kau beli speaker mahal dekat low Yatt tuh. Tapi tak perlulah kau pasang lagu kegemaran kau tuh malam-malam tepat pukul 12. kalau betol nak layan jiwang @ nak berclubbing dalam bilik, pasang slow dah la.kena ingat sikit sebelah bilik ko nih orang lain nak tidor ke,nak study ke.kat asrama bukan bilik kedap bunyi ye macam rumah banglo ko tuh.




4) sampah main campak je suka hati





suka hati dia je buang sampah luar bilik ,dari tingkap.kalau jenis bilik dia tingkat atas,habis orang tingkat bawah kena sampah dia.amboi,sampah tu buanglah dalam tong sampah.tak kan rumah besar pon tak de tong sampah,ke ko tak kenal tong sampah tu macam mana. ini bukan rumah ye,ini asrama.tak de orang gaji nak sapu sampah korang tuh




ini hanyalah nasihat dan tak de kaitan dengan sesiapa. kaya disini sebenarnya sekadar makan dalam.ia lebih merujuk kepada golongan yang kurang bertanggungjawab.




p/s bila duk asrama,jaga adab sikit ye =)



 
 

8 comments :

Amirah Yusof said...

bkn asrama ja, duk rumah sewa pun sama je..tmbh2 budak2 U pun perangai 2x5 je :)

penulis senja said...

sekeh je bang .. ke bunuh sekali .. biar dorang tau .. ekekkee

Ezad Skytech said...

kat mana2 sama je..ada je jenis yang macam ni..sukati je nak buat apa...tak fikir langsung keadaan sekeliling tu..org boleh terima ke tak cara dia tu...huuhhh..masalah2~

fRaMe+LenSeS said...

Terima kasih org kayaaaa. AhahahHa

lagenda said...

Begitulah ragam manusia. Bila duduk 1 tmpt gitu, pttnya saling hormat mghormati..saling jaga kebersihan dan saling bertolak ansur. Pikir apa perasaan org lain..x bley pikir kepala sendiri je.

Mmg menyakitkan jiwa kan wan klu ngadap pangai org gini..

J.Syazwana said...

sebab tuh tak suke duduk hostel. haha

Cik Bambam said...

suh parents dia buat hostel sndiri.. ehhehe

KiD said...

nombor 3 tu selalu jadi ke? ekekekee