Monday, October 31, 2011

JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN-NYA




Selamat sore.



oh ye,sejak beberapa hari ini aku jarang update dan blogwalking.terjah mana yang sempat je.mungkin preparation untuk job interview,proposal thesis sedikit sebanyak mengurangkan waktu aku untuk berblog.it's okay.just only for one year.lepas ni boleh aktif balik =).




aku sebenarnya tertarik dengan satu statement FB kawan aku. sangat memberi makna dan impak bila kita membaca status itu.statusnya berbunyi.


"apa kita rasa bila orang yang kita suka sedang bercinta dengan orang lain? kecewa kan? sedih kan? geram kan? macam tu jugak la Allah rasa, bila kita mendahulukan dan mengutamakan perkara lain selain dari-Nya. jadi, marilah mengerjakan solat di awal waktu. selamat menunaikan solat zuhur!"
pemilik blog Kersani dan Kasturi
 
cuba kita fahami betul-betul ayat itu.bila kita mencintai seseorang, kita mesti ingin dia ada dekat dan sentiasa ingat kita.Tapi,bila kita tahu dia bercinta dengan orang lain,mesti kita rasa kecewa dan sangat hampa.
 
 
 
cuba bayangkan itu baru hubungan kita sesama manusia.Bagaimana pula hubungan kita dengan Allah SWT. kita mengaku Allah SWT itu tuhan kita,kita percaya bahawa Dia Maha Berkuasa dan pelbagai kalimah yang terbaik kita gambarkan sifat Allah SWT.Namun pada hakikatnya,kita sering mengutamakan benda lain selain dari apa yang diperintahkan-Nya. 

Apakah kita benar-benar menjaga hubungan kita dengan Allah SWT? fikir-fikirkan dan berusaha ke arah yang lebih baik. sama-sama kita saling mengingati antara kita untuk kebaikan.

p/s aku pon masih mencari keredhaan Allah SWT.

4 comments :

JIJI YU said...

biasa kalao hubungan dgn ALLAH ok..maka dgn manusia lagi2 la

zaty said...

betul tuu kena la jaga hubungan dgn Allah selain jaga hablumminannas :)

Puteri Iqa Izyan said...

aku sendiri pun kadang2 lalai..

tapi berusaha jaga hubungan dengan Allah =)

apik pehe said...

wan..apik tengah cuba ni..