Sunday, October 30, 2011

JAGALAH SENSITIVITI ORANG LAIN =)



Salam Ahad.



semalam dah berakhir perlawanan akhir Piala Malaysia yang menyaksikan Negeri Senbilan menang ke atas Terengganu.Tahniah Ujang!! jangan sedih ye ammar =(.




aku ada godek-godek entri kawan-kawan dan terbaca banyak entri tentang seorang penyokong Negeri Sembilan yang ditumbuk kerana membakar bendera Terengganu. Apa ni? janganlah buat kerja yang macam orang tak bertamadun.



penyokong NSembilan yang ditumbuk kerana bakar bendera Terengganu
credit gambar : really.tigaline.com



adat game.ada menang ada kalah.dah yang engkau tu menang,tak perlulah kau nak kutuk orang lain sampai bakar bendera negeri orang lain.korang kena ingat bendera itu sensitiviti dan maruah negeri orang. Bayangkan kalau orang bakar bendera negeri kau balik,mesti kau marah kan.jadi berfikir dulu sebelum bertindak.jangan sampai pecah mulut tu =(.




isu agama,bangsa,maruah,negeri antara isu sensitif.janganlah kita pertikaikan sebab akan mengguris sesetengah pihak.biarkan orang yang berpengetahuan yang selesaikan.kita yang tak tahu apa,boleh senyap.




aku pon naik bingung.setiap kali ada game final,mesti ada insiden macam ini.sampai bila orang kita nak sedar.pelik betol.nak tunggu betul-betul perang baru nak insaf ke?fikir-fikirkanlah.

14 comments :

aCu said...

hmm.. tu namanya dah terhantuk baru terngadah.

AnMB said...

done follow
follow back please
http://antechno.com/
follow me with networkblog

Qaseh Wardah said...

dah menang syukur je laa..yang kalah pulak, sabar je laa...rezeki Allah ada di mana2...!!!

JIJI YU said...

jenis tak pikir dulu sblom buat

rahman said...

ni baru namenyer nak makan penumbuk... x alert langsung psl isu sensitif kt Malaysia ni... hmmm~

Ezad Skytech said...

da kena macam tu baru nak menyesal...tak perlu la sampai nak bakar2 bendera tu..hormat la sikit kan..

whitecappuccino said...

Otak letak kat lutut tu..

Shafiq said...

Tak patutlah macam nie.. Janganlah sampai bergaduh camtu.

anamizu said...

ha kan dah makan penumbuk..
yg p cari penyakit tu apesal la..
hishh~~




luv,
cik ana

Ayuni said...

x berfikir dulu...patutlh kne camtu...

Sunah Sakura said...

fanatik sangat!

LittleGurl said...

kes-kes macamni jadi disebabkan sesetengah individu yg hati busuk. pegi mane2 pon akn menyusahkan org lain. lepastu nanti org akan cakap ohhh geng2 tu jahat, ehh rakyat negeri tu memang kuang ajar, alaahhh team tu memang main kasar pon. padahal yg bermasalah cuma sorang dua je. tapi orang lain yg dapat nama. lebih kurang mcm ni la 'hanya disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga'

sepatutnya sorang je yg patut dihukum, tapi habes sume jd mangsa. please guys, kite nak malaysia happy2 kan? aman makmur kan? meh kite bersatu hati. xkira negeri apepom. bersatu hati membawa keamanan yg sejati.

;)

Cik Bambam said...

2-2 penyokong mengong.. huuuurmmm!

but real story pasal pic ni still samar.. macam2 version kita dengar awok.. =.='

oqi said...

bakar bendera jawapan dia penumbuk full stop