Saturday, October 22, 2011

KESAN NEGATIF TAMPAR MUKA BUDAK



Di bawah ni adalah ringkasan yang aku ambil daripada luahan seorang Doktor mengenai isu ini. 

untuk rujukan yang lengkap mengenai artikel ini, boleh rujuk di sini 







tamparan disini merujuk kepada budak sekolah ataupun anak sendiri


sebagaimana yang kita tahu,kanak-kanak adalah golongan yang sedang membesar dan kebanyakan organ badannya adalah mudah rapuh dan cedera.Antara kesan negatif menampar budak dari segi perubatan ialah





1) tamparan yang terkena leher akan mencederakan leher dan saraf tunjang, seterusnya dapat menggoncang otak.Hal ini akan menyebabkan salur darah pecah,selaput otak koyak dan berlaku pendarahan dalam otak.



2)Jika menampar pada cuping telinga dan menutup lubang telinga, tekanan kuat akan masuk ke dalam telinga sehingga ke gegendang dan menyebabkan gegendang telinga pecah.Hal ini jika tidak dirawat,akan berlaku gangguan pendengaran yang kekal.






3)Antara kesan lain ialah lebam,bibir pecah ,gigi patah dan lain-lain lagi.



4)Kesan psikologi juga akan berlaku pada kanak-kanak tersebut.Menampar di khalayak ramai sebenarnya boleh menjatuhkan maruah kanak-kanak tersebut.







wan sangat bersetuju dengan pandangan doktor ini.kanak-kanak masih muda dan belum mengerti apa-apa. Kadang-kadang tamparan ini hanya akan memburukkan keadaan.Masih banyak lagi cara lain untuk mengajar kanak-kanak jika mereka melakukan kesilapan.


kat sini ada beberapa contoh entri untuk mendidik anak cara islam



1) Cara menangani anak nakal


2)rotan anak tanda kasih sayang






p/s rotan anak ada adabnya.jangan main terkam je =)






8 comments :

syarifahsidrus said...

nak menghukum, biar hukuman yang mendidik, bukan yang merosakkan

azwa amani said...

huhuhu...nak rotan pun biar di kaki...dulu2 ayah rotan nak mengajar kita, kalau tak agaknya tak jadi org sebab nakal sangat..huhu

Mohd Shukri Fadzillah said...

apa kata ko buat post kawasan hijau untuk dirotan dan kawasan merah supaya jangan rotan :)

Asrul "iLham" Sany said...

budak2 skunk makin garang dr orang tua

cucu umie said...

betol apa yg wan ckap itu..nak merotan pon ad hadnya and batas... hehe teringt time sek rendah dulu.. tpy bnyk gak yg boleh dijadikan tldn..ad sebb cikgu bt..huhu

Puteri Iqa Izyan said...

tampar ni tak bagus la. byk effect buruk. tp kalau rotan yang biasa2 ok je kot. lgpon dulu kne rotan berpuluh kali ok je. huhu

simanis said...

saya tak pernah tampar murid2...saya suka cubit jika nakal sgt...

wawa senyum said...

penah ditampar di muka dua das..semata2 sebab x pkai nametag di sekolah..cikguku kejam