Wednesday, October 12, 2011

TIPS UNTUK DAPAT KERJA



Oh ya.sedar tak sedar aku dah final year dekat UKM.masa cepat sangat berlalu.3 tahun tu macam 3 saat je. Dan aku tengok ramai dah kawan-kawan aku mula mencari peluang pekerjaan di segenap celah. Ye lah,zaman sekarang ni peluang pekerjaan terhad. Fresh graduates ramai setiap tahun ditambah pulak dengar kata penjawat kerajaan bersara umur 60 tahun, memanglah kesian bagi bakal fresh graduates macam kitorang ni.



Jadi,kat sini aku sediakan beberapa tips untuk korang mencari pekerjaan nanti. Mungkin ini dapat membantu sedikit sebanyak.



1)      1) Buka minda.pilih pekerjaan di luar kursus kita.

 
Agak susah sekarang ni untuk kita dapatkan pekerjaan yang kita mahukan. Aku tahu sebab banyak kawan aku yang baru graduate beberapa tahun lepas masih gagal mendapatkan pekerjaan yang tetap. Jadi, rebut sahaja peluang pekerjaan yang bersesuaian di hadapan mata kita.Jangan terlalu bergantung pada  pekerjaan yang berkaitan dengan kursus kita. Belajar dalam bidang akaun tak semestinya kita tak dapat bekerja dalam bidang psikologi. Semua itu boleh dipelajari bila bekerja. Jadi ,jangan terlampau memilih pekerjaan.Kalau tidak,pasti korang akan menganggur.




2)     2) Jangan demand ingin gaji mahal.


Setahu aku,standard gaji untuk lepasan ijazah pada permulaan hanyalah RM1800(maaf kalau tersilap.) janganlah kita demand sangat untuk dapatkan pekerjaan yang gajinya RM3000.mungkin ada tapi sangat sukar. Berpijak pada bumi yang nyata.mulakan dari bawah.Yang penting dekat sini adalah usaha.Jika kita rajin,lama-lama kita juga akan berada kat atas. Jangan terlampau ingin kekayaan yang cepat.



3)      3)Asah bakat ketika di universiti


Sekarang ni majikan kurang memandang pada kelayakan akademik sahaja.semua orang ada ijazah,semua orang ada master. Yang membezakan mereka ialah kemahiran dan attitude. Majikan lebih suka mereka yang mempunyai banyak kemahiran, pekerja yang sihat, dapat berkomunikasi dengan baik,dapat memberi idea yang bernas kepada syarikat. Selain itu,mereka dapat bekerja dalam satu kumpulan, bersemangat,bertanggungjawab dan sebagainya.Semua ini dapat dipupuk jika kita aktif dalam persatuan dan sukan ketika di universiti. Jadi asah bakat anda kerana itu bonus point untuk anda nanti.



4)      4)Cuba untuk kerja sendiri.dan bukan makan gaji


Benar orang kata,kalau nak kaya kerja sendiri dan jangan makan gaji.sekarang ni ramai orang nak buka bisnes.tak kiralah bisnes apa sebab untung besar.Kalau fresh graduates ada keinginan untuk kerja sendiri,pasti bilangan menganggur akan berkurangan.mulakan bisnes korang secara kecil-kecilan,insyaAllah akan berkembang dari semasa ke semasa kalau ada kemahuan.



InsyaAllah.semoga dengan tips ini dapat beri impak kepada pembaca.



p/s jom ber-ayam penyet di Bangi!!



10 comments :

Fendy said...

setuju sgt3.....hehehe

IMANSHAH said...

mujo saya dapat keje terus lepas kuar U

anamizu said...

yup..setuju dgn wan ;)



luv,
cik ana

YanaMIB said...

All the best utk cari keje..tips2 tu mug sgt bagus lah...sila amlkan..hihi. =)

Mimi Marilyn said...

tips terbaekkk :)

aCu said...

good advice!

.........cP~ said...

kalau belajar nurse agak2 nak kerja luar bidang yang cemana? huhu..

azalia hjsalleh said...

nice tips

apik pehe said...

yup..apik nk bukak bisnes sendiri nanti

- abdul hadi abdul muti - said...

berguna tips ni untuk cari kerja. huhu