Thursday, November 24, 2011

BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA MENCURI ?



selamat petang kawan-kawan yang awesome =D


pernah dengar tak pantun dua kerat ni,




"siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong,lama-lama mencuri"


waktu zaman aku kecik-kecik dulu,ni kira waktu UPSR la.tak faham sungguh apa maksud sebenarnya pantun ini.takut jugak aku kot ditanya dalam exam UPSR.apa kaitan bercakap bohong lepas itu mencuri?


aku sekarang ni pon masih blank ibarat memikir macam mana rupa ayam kalau beranak dan bukan bertelur.agak-agak tak dapatlah kita nak order telur mata kerbau dekat kedai.kira aku tak faham sangat apa connection menipu dan mencuri.


so,bila dah besar ni aku boleh la fikir ikut logik akal.ini adalah antara apa yang aku fikir secara akal dan kalau silap harap maaf ye kawan-kawan.


aku boleh bagi situasi, "Ahmad ni seorang yang boros. tiap tiap hari nak makan McD je.mana tak bankrap mak dia.pergi sekolah je sehari mintak RM20.mahu tak menangis mak dia nak layan kerenah si Ahmad ni.untuk mengelak mak dia tahu yang dia makan McD, Ahmad berbohong yang katakan dia pelrukan duit lebih untuk beli buku.


Tapi,mak dia perasa bila Ahmad sering minta duit lebih tiap-tiap hari.jadi mak dia stop beri duit lebih kerana mengesyaki yang Ahmad hanya menipu dia sahaja.Atas sebab si Ahmad ini gila McD,nak tak nak dia terpaksa curi duit mak dia untuk hilangkan ketagih dia."


jadi.mula-mula berbohong,lama-lama mencuri.ok x logik akal aku.





p/s malam ini makan Domino Pizza sambil lepak putrajaya..oo yeah!!



4 comments :

Cik tikah said...

nak domino gak! hehehe...

Iffah Afeefah said...

best gak tu lepak putrajaya memalam

lampu byk

logik okey da tu wan

Yatie Awang said...

masuk akal juga tu..

KizZ said...

Domino pizza??
Lama sudah tak makan..