Wednesday, November 23, 2011

KAHWIN ATAS DASAR COVER LINE?



selamat malam kawan-kawan yang awesome =D


tertarik dengan status ady budika tentang lelaki zaman sekarang kahwin sebab atas dasar cover line? betol ke? kalau ikut pengalaman,memanglah banyak yang dah berlaku depan mata. biasanya kahwin atas dasar cover line ni kebanyakannya tak lama.ye lah,kahwin bukan atas dasar cinta sama cinta tapi, atas niat tertentu sahaja.





Kenapa diorang kahwin atas dasar cover line? take note ye kawan-kawan.


Firstly, mungkin lelaki itu gay.serius tak tipu.banyak kes dah berlaku sebelum ini. so,pastikan couple korang tuh benar-benar sukakan korang dan bukannya jadikan korang sebagai bahan permainan mereka. Ye lah,kalau tak kahwin nanti orang mengumpat sana sini. jadi kahwin itu satu jalan penyelesaian. Bila sudah kahwin nanti, korang ditinggalkan sebab dia tidak pernah mencintai korang pon.


Secondly,mungkin sebab mereka dah terlanjur.dunia zaman teknologi,inilah padahnya. semua cepat gersang,asyik nak main je.tapi tak fikir apa akibat buruk yang berlaku.bila dah terlanjur,kalau nasib baik tak mengandung. kalau nasib buruk,perempuan mengandung ,nak tak nak kena kahwin.kira kahwin ekspres le ni.tapi,adakah lelaki itu benar cintakan perempuan itu  atau sekadar untuk seks sahaja? korang pasti perkahwinan mereka berkekalan?


Thirdly, kahwin atas dasar paksa dan bukannya kerelaan hati. mungkin zaman sekarang ni sudah kurang sikit masalah ini sebab kebanyakan cari pasangan sendiri dan bukannya dipilih oleh keluarga.Namun masih terdapat yang terpaksa kahwin atas dasar cover line nak bagi keluarga happy.padahal hati sudah ada pilihan sendiri. jadi,korang tengoklah pasangan masing-masing tuh,apakah dia rela atau paksa kahwin dengan korang?


Sebenarnya banyak lagi sebab orang kahwin atas dasar cover line. bila niat dah tak betul, benda yang halal dan mulia pon dah jadi haram dan keji. Ingatlah perkahwinan itu bukan permainan tapi satu ikatan hingga ke syurga.Jika anda tidak mampu zahir dan batin untuk bernikah, jangan paksa diri untuk bernikah.


p/s Adibah Noor tak maw bernikah sebab frust 5 kali kena reject. tapi masih terima jika ada jodoh.

11 comments :

tomatokering :) said...

betol3 .. susah nak carik pasangan sekarang ni .. wuuuuuuu ~

EDtv said...

tadi tengok Tentang Dhia pun ada dialog tentang isu ni. Part mak Zikir fikir bukan2 ttg Zikir. Kebetulan pulak... Hehe..

Daddylicious said...

nasib baik dah kahwen...lega sikit...hehe

KiD said...

sebab pertama tu.. gay?? waaahhhh... ada jugak yea

Iffah Afeefah said...

erm gay tu paling takut

ade gak laki kawen sbb nk lpekan kekasih lame

Iffah Afeefah said...

erm gay tu paling takut

ade gak laki kawen sbb nk lpekan kekasih lame

JIJI YU said...

ahaha..aku takkesah le n3 ko ape..yg penting..gambo engko ngn bunga teratai tu..memang buat buah pinggang aku menggeliat..ahaha

Aman Ibrahim said...

cover line~ cover line~ bahaya tuh..

Fitrihadi said...

jodoh ajal rezeki di tangan tuhan.. terima je lah apa yang diberiNya... kalau nak yang baik, insyaallah baiklah dapatnya..

awEEN said...

sekarang ni dah macam2 kan..

Nurul Iman Rosman said...

sebab lelaki itu gay.

wuhuuu, takot je dengar~