Tuesday, November 15, 2011

KERJA BERTANGGUH, MEMANG MEMBUNUH




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan yang marvellous =)




oh ye.kalau ada yang perasan,wan dah jarang blogwalking ke blog orang lain, apatah lagi nak bagi komen.sorry you guys, bukan sengaja tapi terpaksa tinggalkan blog demi tugas sebagai pelajar tahun akhir. Ini kira saat genting untuk aku untuk gapai cita-cita dapat segulung ijazah.harap ada yang memahami dan insya-Allah,kalau ada masa yang lapang, akan ku terjah segala blog yang ada.






kerja bertangguh? haha. dalam english orang sebut procrastinate. kalau tak silap lah. aku yakin 99.99% pelajar di mana-mana tak kiralah universiti ke,kolej ke,sekolah ke, asalkan nama dia pelajar ,ramai yang suka tangguh kerja. Ye lah, kerja tu kena hantar sebulan lagi.so relax lah. tapi bila dok relax sampai terlupa esok kena hantar,hari ni baru gelabah.






aku belajar dari pengalaman dan kerja bertangguh tu memang tiada gunanya.pada awalnya memang kita bahagia dan tenang,tapi bila deadline hampir tiba,memang menangis tak berlagu.so,rasanya lebih elok kalau aku bagi tips untuk korang amalkan agar kerja tidak bertangguh kan.




 jom kita belajar tips untuk mengelakkan daripada kerja tidak bertangguh






1) sentiasa membuat senarai kerja yang perlu dilakukan mengikut tarikh.jadi ia nampak tersusun dan kita boleh mulakan kerja mengikut tarikh yang perlu dihantar. Tarikh yang perlu dihantar dulu, perlulah disiapkan kerja itu terlebih dahulu dan sebaliknya.






2)pastikan anda membuat salinan jadual kerja anda kepada kawan yang boleh dipercayai. biasanya peranan kawan sangat penting untuk mengingati kita tentang kerja yang perlu dihantar.






3)elakkan daripada berhibur atau berseronok kerana ia akan menyebabkan kita lupa akan kerja dan hal yang perlu disettlekan.berseronok itu boleh tapi jangan terlampau.






4)siapkan sesuatu tugas itu dengan lebih awal.sebagai contohnya seminggu sebelum deadline kerana kita mungkin akan membut pembetulan erhadap kerja yang dilakukan dan seminggu adalah cukup untuk membuat pembetulan.






ok.setakat itu saja tips untuk elak kerja bertangguh.nasihat aku, buat kerja jangan bertangguh, nanti seksa diri.




jumpa lagi.bye.





11 comments :

IQBAL ZARIN said...

bertangguh tesis = membunuh diri sendiri... erkk

whitecappuccino said...

Procrastination is a form of escapism.

Iffah Afeefah said...

slalu cm tu hahahaha terase

fRaMe+LenSeS said...

Nadh stuju. Hihihi

Abang Zam said...

study dlu. blog bukan ke mana pun ye dak?

KizZ said...

Duk baca entri nie teringat pulak Assignment marketing yang nak kena hantar esok belum buat lagi..ALAMAK!

JIJI YU said...

keje last minute mmg buat kita tertekan

Shafiq said...

teringat assignment yang berlambak tak siap..hehehe. Thanx for the tips. :-)

apik pehe said...

huhu..semua tu takder lagi pada diri apik

Cik Bambam said...

betol tuh..x elok tangguh kerja.. jgn jd mcm ai..heheheh.. suka nak tangguh kerja..then menyesal kedian hari..mula lar tepek dahi..

nyesal tak buat awal2!!huhhh~

J.Syazwana said...

memang teruk kalau bertangguh. tapi kan bertangguh kerja tuh memang sesuatu yang best. huahuahua