Sunday, November 27, 2011

PELAJAR CINA | TOKOH MAAL HIJRAH TAHUN 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera.




mungkin ramai yang sudah berpusu-pusu ready depan TV untuk melihat perlawanan antara Malaysia dengan Bahrain. Sebelum itu kita redakan keadaan dengan membaca entri ini ok.




Tahniah dan kagum.itu antara perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku bila mana seorang pelajar cina tingkatan 4 dari SMK Bachok Kelantan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini. Apa yang hebatnya dia?




Wee soo yen,16, telah mendapat semua dalam PMR pada tahun yang lalu termasuk Bahasa Arab. terkejut bukan? seorang pelajar bukan Islam mengambil Bahasa Arab. Namun, itulah yang menjadi kebanggan dan dia telah buktikan bahawa dia juga mampu untuk cmeerlang dalam Bahasa Arab.




gambar Wee soo yen (berselendang pink) bersama keluarga.


semua orang dekat dewan masa Wee soo yen diumumkan sangat terkejut dan terharu. Mereka satu keluarga hadir dengan berpakaian sopan sebagai menghormati majlis adalah sesuatu yang sangat membanggakan. bagi aku,ini yang sepatutnya ada dalam 1 Malaysia. walau mereka berpakaian seperti itu,namun mereka masih mengekalkan identiti mereka sebagai seorang yang berbangsa cina.


Apa pon tahniah buat Wee soo yen.anda memang hebat!



4 comments :

FasiHaH SupiaN said...

semoga dia mendapat hidayah untuk masuk islam pula..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

memang hebat...

dimana ada kemahuan disitu ada usaha

qasehraihan said...

uiii...speechless..
cantek plak tu berbaju kurung..kan?

ArELeEz said...

wah! t'kagum2 jugak nih! leez dolu amik gak bahasa arab, tp lulus cukup2 makan jer. hu3..