Saturday, November 26, 2011

SATU MUHARAM DETIK PERMULAAN.. PERKIRAAN TAHUN ISLAM HIJRAH..



Selamat malam.




waktu zaman kecik dulu-dulu teringat lagu ini yang akan diulang-ulang dalam TV banyak kali bila mana Awal Muharam muncul sebagai tanda ingatan akan Pengorbanan Nabi Muhammad SAW terhadap Islam.


"satu Muharam detik permulaan
perkiraan tahun islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madiah....."


itulah antara rangkap lagu yang sering berkumandang dan terngiang-ngiang di telinga kita bagi membangkitkan Awal Muharam.Namun, Awal Muharam bukanlah satu peristiwa untuk kita sekadar menyanyi sahaja,tapi perlu dihayati akan pengorbanan Nabi Muhammad SAW selama ini




Aku bukanlah seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang ini tapi sebagai seorang umat Islam,kita wajib mengingati satu sama lain agar sentiasa hidup berlandaskan syariat Islam. Islam itu agama yang indah dan meliputi keseluruhan aspek.kita sepatutnya rasa bersyukur kerana diberikan dua nikmat yang paling besar iaitu Iman dan Islam.


AKu ada terbaca tentang satu artikel pasal mencari Islam Kaffah (atau Islam secara keseluruhan). Maksudnya segala aspek kehidupan kita adalah berlandaskan Islam dan bukan sekadar yang berkatitan dengan ibadah dan akidah.


Aku rasa sudah ramai blogger lain yang sudah post pasal doa awal tahun dan akhir tahun.dan diharapkan agar kita sama-sama praktikannya.


p/s salam maal Hijrah dan semoga maal hijrah kali ini memberi seribu satu sinar baru dalam kehidupan.sori jiji yu atas entri yang lalu.

8 comments :

MoHd ShahriN said...

Salam Maal Hijrah..

Fezz said...

Salam Maal Hijrah Juga diucapkan buat Pak Cek Biola..

Iffah Afeefah said...

ermm selamat tahun br jugak

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Salam Maal Hijrah. :)

Mohd Zakwan said...

salam maal hijrah ikhlas dari zakwan..wahh ringan jugak blog ni, cepat je loading :D
Blog Mohd Zakwan :)

Epis said...

salam maal hijrah..

mamawana said...

Islam is the way of Life. Indah dan damai.

Abg Stalker said...

semoga diberi kehidupan yg lbh +ve.tetapkn azam dan program yg baru dlm dri kita. :)