Monday, November 14, 2011

MENANG DITATANG, KALAH DIHENTAM



Selamat tengahari pada kawan-kawan yang awesome =).




hari ni bermula hari kuliah lepas seminggu bercuti hari raya dekat UKM.masing-masing muka monyok sebab hati kat kampung lagi.standard le tuh first day.esoknya dah ok balik.




oh ye,rasanya ramai yang tahu sekarang ni dekat Indonesia ada Sukan SEA.untuk yang tak sangat mengikuti sukan,pasti tak tahu.setakat semalam,Malaysia kumpul 9 emas,18 perak dan 15 gangsa (sumber berita harian hari ini) .tahniah buat atlit yang dapat emas.aku tengok gambar diorang dengan pingat emas.bangga sorang-sorang.Hebat,mengharumkan nama negara =)




Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee..antara penyumbang pingat emas Sukan Sea 




aku bukan nak bercerita pasal sukan SEA tapi aku nak bercerita pasal perangai orang kita dalam banyak bidang termasuklah bidang sukan.Saat kau menang, semua orang puji kau sampai kembang hidung tak boleh nak kempis.tapi saat kau kalah,semua orang salahkan kau dan kau dihina,dikeji dan dikutuk.




Itulah nasib atlit kita.Bila atlit kita menang,mereka dipuji,dikatakan anak emas,dikatakan ayam tambatan.pelbagai insentif diberikan sebagai tanda penghargaan.Namun bila mereka kalah, semua orang menuding jari ke arah mereka dan katakan mereka bersalah.bila benda ni berlaku,bagaimana mereka yang tewas tu nak bangkit semula tebus kekalahan.




Dah banyak isu aku tengok sebelum ini.malas aku nak rungkai satu persatu sebab asyik benda sama berlaku dalam akhbar.sepatutnya,kita sentiasa memberi semangat pada yang kalah untuk terus bangkit semula,dan bukannya membuatkan mereka bersalah atas kesalahan mereka.




p/s kalah dan menang itu adat pertandingan.sedah ditakdirkan. jangan salahkan mereka jika kalah.

8 comments :

whitecappuccino said...

Dah lumrah manusia macam tu..sama juga bila pelajar berjaya, sebab pelajar pandai..bila gagal, cikgu yang tak pandai mengajar.

zureen said...

betul tu.. tapi macam tu lah orang kita.. bila dah kalah, macam-macam yang dorang cakap.. siap jadi 'headline' newspaper lagi.. hooho

Lelaki Ini said...

tapi elok juga yg kalah kena kutuk..
supaya diowg lebeyh bersmangat!

Iffah Afeefah said...

btol

jd sume nk main ktor dmi kmngn

fRaMe+LenSeS said...

setuju tapi Nadh rasa kan, nak salahkan depa suma pn tak jugak la. sebenarnya tgk balik kan, yang mengurus depa bab sukan ni adalah kaki2 yang tak reti pn pasai sukan tu, camna nak maju, depa apa pn tatau, yang menang kena la puji melangit, kalah kutuk sakan. tak adil sangat!!

p/s : suka tgk munyee. :D

アヌムちゃん said...

betul tu kalah menang adat bertanding la kan..huhu

Sunah Sakura said...

mereka da berusaha, tengoklah usaha mereka...kenapa asyik tengok hasil aje kan? hurmm...

Cik Bambam said...

pemenang dipuji..pengalah di BOOOO~

semua org xnk kalah kan.. :)