Monday, November 28, 2011

SEORANG SUKA, SEORANG BENCI



Selamat petang.


seronok bukan ke main.hari ini cuti lagi.so,3 hari straight cuti.memang heaven seolah-olah baru balik honeymoon dari Los Angeles.


oh ye,back to topic. itu lumrah. tak semua orang suka dan senang dengan kita. dan kita sendiri pon tak kan mampu untu buat semua orang suka dan senang akan kita. Cuba bilang,siapa yang tidak punya musuh? memang musuh jangan dicari tapi dalam diam,kita punya musuh yang tersembunyi.


Rasulullah SAW sendiri yang kita tahu mempunyai akhlak yang terpuji juga mempunyai musuh yang sering membencinya. Mereka cuba untuk membunuh,mengutuk dan mencaci Rasulullah SAW.Namun, berkat kesabaran Rasulullah SAW itulah yang menjadi motivasi untuk baginda terus memperjuangkan dakwah Islam.


some people love us.some people hate us.


Sama juga dalam kehidupan kita. Kita tidak akan dapat lari daripada musuh. mesti ada di antara kita yang tidak menyukai antara satu sama lain. Namun,kita perlu menyayangi semua orang walaupun mereka musuh kita.InsyaAllah, Tuhan pasti akan membantu kita.Mana tahu satu hari nanti,musuh kita itu lembut hatinya dan boleh terima kita kembali.




Musuh ini sebenarnya memberi kebaikan kepada kita. Kenapa? kerana ia akan membuatkan kita lebih berhati-hati dalam menjalankan sesuatu pekerjaan. Sebagai contohnya,apabila kita sudah jadi 'public figure' seperti artis, pengacara, guru dan sebagainya,setiap gerak geri kita akan diperhatikan terutamanya musuh kita dan mereka menunggu sahaja kesilapan kita dan mereka akan gembar gemburkan. Jadi, kita akan lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu urusan supaya tidak dicemuh oleh orang lain.


Secara kesimpulannya,ambillah idea bahawa hidup ini tak kan pernah semua orang menyukai kita dan kita perlu menyayangi semua orang walaupun mereka adalah musuh ketat kita.


nota kaki pak cek biola : akhirnya dapat jugak makan BBQ chicken pizza hut.dah lama mengidam.

12 comments :

Cik Diana said...

btl2.. lgpOwn kita manusia biasa dan xmungkin dpt puaskan hati semua org.

cucu umie said...

untunglh bolehmakan sedap2..btw, setiap orng akan diperhatikan tidak kire dimana tmpt pon... diperhatikan oleh Allah..

ArELeEz said...

atau dlm erti kata len, jadikkan musuh sbg 1 medium yg memotivate kita utk jadik lebih baik. ;)

Sunah Sakura said...

semakin jauh kita melangkah, semakin meningkatnya kemajuan diri kita, akan semakin banyak mata2 yang memerhati..so berhati2 la..

hafiz hafizol said...

musuh dalam selimut aku takut!!!!

AwieKashi said...

ala...chill lax..
kenkadang perantaraan yang "baik" & "buruk"..
lumrah kot...belajar dari sesuatu yang baru... kan..kan..kan??

JIJI YU said...

kirenye engko optimis r ni ek

Halimatun Sa'adiah said...

x kesa pon org nk ske kite ke x...
janj sy happy..

qasehraihan said...

mmg xsume org suka kita..
kita jadik diri kita dah la kan..

Iffah Afeefah said...

teringat lagu cinta dan benci plak

KizZ said...

Yup, setuju, dengan musuhlah kita boleh lebih mengenali diri kita sendiri..sebab musuhlah yang akan terus terang cakap dimana kekurangan diri kita..

J.Syazwana said...

musuh selalu jeles dengan kelebihan kite. hehehe.

baru lepas makan piza jugak. nyum nyum :D