Friday, December 2, 2011

DIARI | CATATAN KEHIDUPAN PERIBADI



Selamat petang kawan-kawan yang super duper awesome.


sekarang ini,dekat Bangi,hujan rahmat turun dengan agak lebat.dan Alhamdulillah, keadaan agak sejuk dan aku yakin hampir kebanyakan kawasan juga turut hujan. Petang ini aku nak share something yang agak simple iaitu diari.


Diari dengan blog merupakan dua perkara yang berbeza. Diari merupakan catatan harian kita dan ia lebih bersifat peribadi. Manakala blog merupakan tempat luahan pandangan dan idea dan ia lebih bersifat umum dan boleh dibaca oleh orang lain.harap anda sedikit sebanyak faham beza diari dan blog.


Anda pernah menulis diari? biasanya diari ni dikaitkan dengan golongan wanita. mesti anda setuju bukan? lihat sahaja blogger.majoriti adalah wanita .Kemungkinan wanita lebih suka menulis dan meluahkan pandangan.Namun,tak dinafikan,ada juga golongan lelaki yang mempunyai diari sebagai tempat meluahkan perasaan namun tidaklah sebanyak kaum wanita.





Aku juga pernah menulis diari namun agak tidak istiqamah.mengikut mood yang datang.kalau hari ini ada something special yang berlaku,baru aku tulis.tapi kalau sekadar melakukan aktiviti yang sama,aku pasti tak akan menulis di dalam diari. Tapi,aku pon sudah lupa di mana aku letak diari tersebut. Tapi aku rasa lebih praktikal untuk aku luahkan pandangan aku di blog.


Diari aku bukanlah dihasilkan dalam buku yang khusus dan cantik seperti wanita punya.sekadar cebisan kertas yang ditulis atas rasa hati. Bagi aku, diari merupakan hak individu dan personal dan tidak boleh sama sekali di baca oleh orang lain.Itu sudah mencabul hak peribadi seseorang apabila kita membaca diari mereka.kerana, isu yang dibangkitkan di dalam diari biasanya lebih bersifat peribadi dan tidak boleh dikongsi kerana akan mengaibkan diri sendiri.


Bagi aku,menulis diari merupakan satu aktiviti yang bagus dan menyeronokkan.Nak tahu apa yang seronok? bila kita baca balik apa yang kita tulis.kadang-kadang kelakar,kadang-kadang sedih.perasaan tu bercampur baur. Lagipon diari juga akan mengingatkan kita tentang tarikh penting yang pernah kita alami sebelum ini.jadi,diari merupakan satu aktiviti yang bagus sebenarnya


p/s kau ada diari?


notakakipakcekbiola : teringat zaman sekolah menengah waktu bengang dengan kawan sebab baca diari aku.



8 comments :

azri johan said...

tetiba teringat kawan baik yang suka buat diari..

last day skola, dia bagi baca diari dia...

serius terharu gilaa :"(

Sya Syazana said...

samela, tak istiqamah tulis diari. mulamula tulis bulan februari pastu jun baru tulis pulak. haha~ tahun berikutnya, beli diari baru. sama jugak. membazir kan? tahun depan takmaw beli diari dah~ haha

whitecappuccino said...

dulu2 ada la dairi tapi sekejap saja..bukan tulis hari2 pun..

s.y.a.r.q said...

xpenah buat diari pon. Semua kenangan dlm otak je. hehehe

hafiz hafizol said...

sweet la komen azri.. haha

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Sebelum blogging, atul memang ada diari sendiri. Tp tak tahu da hilang ke mana. Tulis pasal cinta je lah dulu. He3. :)

Ros Anisza said...

dulu ada diari, tapi sekarang dah tak de dah....dulu sampai gaduh dengan kawan sebab tak nak dia baca apa yang ditulis dalam diari tu...

kembatolo™ said...

belum terdetik nak ade diari. hehe