Friday, December 2, 2011

KALAU NAK BERNIAGA, BUAT CARA NAK BERNIAGA



Salam jumaat.


oh ye lepas habis makan ayam penyet semalam,terdengan satu iklan dalam Sinar FM tentang seorang budak nak beli gula-gula tetapi budak itu banyak soal tentang harga setiap gula-gula. peniaga itu bengang dan marah budak itu.At last,budak itu tak jadi nak beli gula-gula dekat kedai tu.


ok.back to topic, aku tak faham kenapa ada segelintir peniaga zaman sekarang ni lebih mementingkan keuntungan semata-mata berbanding aspek lain seperti,kualiti makanan,kebersihan, layanan dan sebagainya. Mereka ini sanggup meletakkan harga yang tinggi jauh daripada harga yang asal demi mengaut keuntungan dalam masa yang singkat dan pada masa yang sama mengabaikan aspek-aspek dari segi yang lain.


dari aspek layanan, sebagai seorang peniaga,at least senyumlah.Senyum itu kan satu sedekah.bukan susah pon nak senyum. tarik je bibir tu sampai ke pipi. ini tidak,kita datang ke kedai dia,muka masam mencuka.terus kita tak de mood nak beli dekat kedai dia.sepatutnya ucap selamat datang bila ada orang datang ke kedai kita.itu adalah antara layanan yang perlu dilakukan bagi melariskan perniagaan. Lagi satu,jangan pandang serong dekat pelanggan kita. mentang-mentanglah yang datang itu sekadar budak kecil,jangan sangkakan mereka tiada duit.hormatilah mereka sebagai pelanggan anda sama seperti orang dewasa.


sekadar gambar hiasan


Dari aspek kebersihan, tak kiralah kedai runcit ke,kedai makan ke jagalah kebersihan tempat berniaga tuh. at least sapulah habuk-habuk yang ada.jangan nak tunggu sampai tikus berlari-lari dalam kedai, lipas siap beranak pinak kan. kebersihan itu kan sebahagian daripada iman. memang dalam agama pon dituntut untuk bersih. jadi,jagalah kebersihan itu terutama kedai makan.jangan asyik nak untung sampai kebersihan terabai. Manalah tahu makanan yang disediakan itu dah terkena najis tikus ke,najis lipas ke.kan berpenyakit nanti kalau sesiapa yang makan.


Dari aspek kualiti, ada juga peniaga yang nak untung lebih,dia campur beras gred A dengan gred B dalam satu guni beras dan dijual dengan harga sama. kita sebagai pengguna sentiasa asyik kena tipu je. ada juga yang memasak sambil lewa dan kualiti masakan tu dah kurang.ada juga yang menjual dengan kuantiti yang sedikit tapi harga terlampau mahal.banyak jugaklah kes yang melibatkan isu-isu macam ini.jadi,kita sebagai pelanggan ada hak untuk mendapat barang yang setanding dengan harga yang ditawarkan.


p/s report je kalau ada peniaga macam ini.


notakakipakcekbiola : salam jumaat =D


6 comments :

qasehraihan said...

betul tu wan..
pelanggan perlu diautamakan dalam apa jua segi..huhu

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/12/posing-dengan-anak-sedara-perempun.html

whitecappuccino said...

ada satu kedai tu, cashier dia (pompuan) memang muka masam mencuka tak pernah senyum..2x pegi..sori..pas tu tak masuk dah kedai tu.

ahsfantasy24 said...

Biar kena caranya :)

1. Bukan Ombak Rindu Tapi Tsunami Rindu Dah
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !

AwieKashi said...

aku sokong yang nie...
tambah2 gambar tu...
nasib la kat kampus aku takde macam nie

diana said...

berniaga sebab nak dapat untung je..bukan dengan niat nak bagi orang makan atau nak memuaskan hati orang..

Alieza Dayasari said...

berniaga nk untung tu saya tak kesah lah. mestilah nk untung..

atleast harga sesuai dgn hasil makanan ok lagi....