Wednesday, December 14, 2011

KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK | PERTANDINGAN FOTOGRAFI



Selamat malam.


Merokok? setiap orang tahu merokok membahayakan kesihatan. Tapi, berapa ramai perokok yang mengambil langkah untuk berhenti merokok? dan berapa ramai orang yang disekeliling perokok menasihati perokok tersebut? Walaupun pada kotak rokok kini diwajibkan meletakkan gambar kesan hisap rokok,namun, itu langsung tidak menggugat perokok untuk merokok. 


Walaupun cukai rokok dinaikkan dari tahun ke tahun,tapi itu langsung tidak menjejaskan perokok untuk membeli stok rokok.jadi, apakah punca sebenar yang menyebabkan usaha ini gagal? semuanya adalah sikap individu itu sendiri.





Bermula tahun 2009, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan kempen besar-besaran iaitu "KATAKAN TAK NAK" pada rokok. Jadi,kat sini aku sediakan satu video pendek berkaitan kempen ini.jom sama-sama kita tonton.






Untuk semua, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Nuffnang menganjurkan satu pertandingan fotografi yang bertemakan TAK NAK!


Apa yang perlu anda buat untuk join contest ini?

1) Ambil satu gambar dengan tema kempen "TAK NAK" tanpa menggunakan rokok atau kotak rokok sebagai props.

2) Post dekat blog anda 

3) Di dalam entri itu perlu masukkan key words seperti #taknak, photo contest/duit free dan smoking kills

4)  letakkan link gayahidupsihat.my

5) bila dah siap buat entri,boleh submit dekat sini 


Cuba lihat pada no 3 di atas, kenapa ada duit free? oh ye,jangan terkejut dengan hadiah untuk pemenang!


• Grand Price cash-RM 1,000.00

• 2nd Price cash-RM 700.00
• 3rd Price cash-RM 500.00
• 4th Price cash-RM 300
• 5th Price cash-RM 150
• Consolation Price – Voucher Worth RM50.00



Cepat sebelum terlambat!! contest ini akan tamat pada 26 Disember 2011. Ambil kamera anda dan tangkap gambar yang menarik menggunakan kreativiti anda!!




5 comments :

Mak Lagenda said...

Pokcik takmo join ka peraduan nih..mak mmg x berbakat langsung dlm idea2 kreatif gini!

Iffah Afeefah said...

best gak ni

hope ramai join

qasehraihan said...

wan merokok tak??
rugi wan..haha

Joe_Hans said...

weyh! menarik!!! nak merah idea sat...hohohoh

whitecappuccino said...

lumayannya hadiah!