Friday, December 30, 2011

MUHASABAH DIRI SEORANG BLOGGER | PENGHUJUNG TAHUN 2011



Salam jumaat yang mulia bust kawan-kawan.


pejam celik pejam celik sudah sampai penghujung tahun 2011. Lusa, bermula tahun baru Masihi, 2012. setiap tahun, usia kita makin meningkat. yang bayi menjadi kanak-kanak. kanak-kanak menjadi remaja.remaja menjadi dewasa. dan dewasa menjadi orang tua. itulah putaran dunia yang sentiasa berputar tanpa henti.



lebih elok, jika kiranya kita sentiasa muhasabah diri atas apa yang kita dah lakukan selama ini. Alhamdulillah, PCB sudah hampir 2 tahun lebih dalam dunia penulisan blog. Sepanjang tahun 2011 ini, pelbagai ilmu dalam blog aku pelajari. Bagi PCB setiap ilmu tu penting kerana semuanya datang daripada Allah SWT. Walaupun PCB akui blog PCB ini tidaklah seglamour mana, tapi pCB harap segala luahan yang PCB curahkan selama ini mendapat manfaat untuk semua orang.



2011 merupakan tahun suka duka bagi PCB dalam dunia blog. Pelbagai tohmahan dan cacian orang dan ada juga yang terus menyokong dan membantu dalam dunia blog. terima kasih pada semua kerana musuh dan kawan itu mematangkan PCB untuk lebih berusaha dalam dunia blog.


Banyak juga PCB lihat perselisishan faham antara blogger siap ada yang bergaduh semua. PCB harap tahun baru ini dapat menyatukan kita semua.apa guna antara blogger sendiri bergaduh? lebih elok jika kita bersatu padu dalam dunia blog.


Kita ibarat media bagi semua pembaca.apa yang kita tulis, itu yang pembaca akan faham. PCB menasihati diri PCB dan rakan-rakan agar lebih berhati-hati dalam penulisan. jangan inginkan trafik yang tinggi, kita sanggup memalsukan maklumat. Ceritalah benda yang benar dan janganlah menipu kerana itu hanya mengaibkan orang lain.







Secara ikhlasnya, PCB memohon maaf pada semua pembaca, silent reader, pengomen2 blog PCB, follower PCB dan semua blogger jika ada entri yang membuatkan anda sakit hati dan terluka. PCB juga manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan dan dosa.


notakakipakcekbiola : suka sangat khutbah jumaat hari ini.





4 comments :

Sunah Sakura said...

akak pun minta maaf juga kalau ada salah silap...

kongsila khutbah jumaat hari ni psal ape... :)

Razif Mokji said...

salam perkenalan PCB ...

SAYA BUKAN SAMDOL said...

salam 2012 =D

Iffah Afeefah said...

aku maafkan

hehe

byk y jdi 2011 ni