Saturday, December 24, 2011

RM10 MUNGKIN TIADA MAKNA BAGI KITA | SANGAT BERHARGA BAGI MEREKA




Selamat petang kawan-kawan.




Alhamdulillah,baru lepas lunch. Syukur pada Allah SWT kerana memberi rezeki lagi pada hari ini. hidup ibarat roda. sentiasa berpusing dan berputar. Kita tidak akan selama-lamanya berada di atas. adakalanya kita jatuh menjunam ke bawah.






setiap orang punya masalah kewangan. Duit adalah satu halangan bagi melakukan pekerjaan. hidup sekarang ni semua guna duit. masuk public toilet guna duit, nak ukur berat dan tinggi badan,kena masuk duit syiling. jadi, hidup tanpa duit ini sesuatu yang sangat membebankan.






kalau kita lihat di TV dan surat khabar.masih ramai yang hidup daif dan serba kekurangan. ada anak kecil yang berlapar ketiadaan makanan.ada kanak-kanak yang patut ke sekolah terpaksa berhenti belajar kerana kemiskinan. ada yang selalu sakit kerana tidak mampu membeli ubat ketika sakit.semua ini berkait dengan wang. 






sekadar gambar hiasan




kadang-kadang bila kita kaya atau banyak duit, RM10 tu kita buang merata-rata. ertinya tiada nilai bagi kita jika dibandingkan dengan harta yang kita ada. Namun, bagi mereka yang hidup susah, RM10 itu adalah satu nilai yang berharga. itulah perbandingan yang dapat kita gunakan. betapa sesetengah orang sangat menghargai duit itu walaupun nilainya kecil.






Jadi, jika kita punya harta yang lebih,sedekahkanlah pada mereka yang memerlukan. Tidak perlu ada sifat kedekut kerana kita perlu ingat, harta yang kita ada bukan hak mutlak kita. itu semua pinjaman dari tuhan dan bila-bila masa sahaja tuhan mampu menariknya kembali. Perlu ingat, mungkin suatu hari nanti, orang yang anda tolong itulah yang akan membantu anda kelak.




notakakipakcekbiola: Tuhan itu maha adil dan setiap hamba-Nya menerima dugaan yang berbeza.





5 comments :

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

adat laaa..bila sedekah jee berkira...bila soping???? sndiri mau ingat...

Joe_Hans said...

hahaha.. setuju dengan AFA. tapi seploh hinngit pown bermakna yer bagi aku...hohohoh

Shafiq said...

Setuju dengan Rozuan..

Rozuan Ismail said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) dalam lakukan kebaikan,tak perlu nak berkira sgt

Rozuan Ismail said...

@Joe_Hans sepuluh hengget leh makan sehari