Monday, December 26, 2011

VIDEO SUNG BONG CHOI KOREA'S GOT TALENT | SUMBER INSPIRASI




Selamat petang kawan-kawan yang super awesome.


Alhamdulillah. hari ini bermulanya minggu study week untuk PCB selama seminggu. tadi pergi fakulti untuk belajar kejap sambil online dengan kelajuan tahap maksima. biaselah fakulti merupakan kawasan yang kurang dikunjungi bila tiba minggu study week dan exam.


Kawan PCB suggestkan PCB untuk tengok a video tentang seorang peserta dalam Korea's Got Talent.Nama dia Sung-Bong Choi.





Anda yang selalu melihat Korea's Got Talent pasti mengenali pemuda ini.Apa istimewanya pemuda ini? jika dilihat dari luaran, dia sama sahaja seperti pemuda lain. Namun, yang membezakan dia ialah sejarah silam dia dan bakat yang dia ada.


Dalam video ini, Juri bertanya, mengapa borang permohonan yang diisi olehnya dikosongkan pada bahagian Family?


Jawapannnya antara yang PCB ingat ialah, " Dia tinggal di rumah anak yatim sejak kecil. Masa dekat sana, dia pernah didera kot. lepas tuh dia lari dari situ dan hidup seorang diri. DIa menjual air (kalau tak silap) dengan gula-gula getah bagi menampung kehidupan dia. Pada satu malam, ketika dia menjual, dia melalui satu kelab malam dan melihat penyanyi sedang berada di atas pentas dan dia ingin menjadi seperti penyanyi itu"





Seriously, suara dia sangat sedap bila lagu yang dibawa itu agak susah untuk dinyanyikan. Aku dapat rasa dia menyanyi dari hati dia sebab bunyi dia lain plus dia pon dah alami banyak kesusahan selama ini.


Apa yang PCB dapat daripada video ini ialah, sebenarnya masih ramai lagi yang susah daripada kita. Bersyukur atas rezeki yang kita ada dan jangan sering merungut. Bakat yang tuhan berikan jangan dipersiakan. Kerana tidak semua orang punya bakat itu.


notakakipakcekbiola: PCB bukan nak ajar korang jadi penyanyi.tapi nak korang ambil iktibar akan nasib mereka yang lebih teruk di luar sana.



7 comments :

Joe_Hans said...

dah lama tengok..seyesly.. sedap giler!

Syukri Mohtar said...

suara dye memang sedap.. =) sedey citer dye..

..cik gugu.. said...

sedih.. sore dy sedap..

محمد رازيق said...

all da best bro utuk exam.. inshaallah :)

Apik Pehe said...

yang ni memang tersentuh

gedek! said...

ni pok Kpop jugak kan?

Iffah Afeefah said...

nk tgkla nnti