Friday, December 30, 2011

HARI ORIENTASI MURID TAHUN SATU SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA TAHUN 2012



Hari ini bermulanya sesi orientasi murid tahun satu di Sekolah rendah di Malaysia tahun 2012. Tarikh sebenar bermulanya hari persekolahan adalah pada 4 Januari 2012. Namun, sesi orientasi ini diadakan adalah untuk menyesuaikan murid-murid dengan alam persekolahan yang sebenar supaya mereka tidak takut lagi untuk ke sekolah bila sesi persekolahan bermula nanti.




sumber: Berita Harian




eh, zaman PCB  sekolah rendah dulu tak de pulak minggu orientasi ini. PCB ingat lagi tahun 1997, PCB masuk darjah satu. Hari pertama persekolahan, ayah hantar ngan motor. bayar yuran persekolahan, terus ayah balik rumah. PCB rileks je ayah tinggalkan PCB sebab PCB tahu ayah akan datang ambik balik lepas PCB habis sekolah. hari pertama sekolah, ters belajar.dah tak de nan nangis-nangis.




Tapi itu PCB lah. ada jugak kawan sekelas yang menangis.tak kira laki pompuan. apa lah yang diorang takut sangat dengan sekolah sampai nak nangis.ada hantu ke sekolah ni? erm. PCB ingat lagi, masa darjah satu, PCB duk kelas no 2. nama kelas tu tahun 1 Melur. comel kan? hik hik.




Jiran PCB a.k.a. kawan baik PCB pon masuk kelas yang sama dengan PCB.yang lebih best, dia jadi penolong ketua kelas.wah,hebat sungguh. baru masuk tahun satu, dah dapat jawatan untuk dipegang. PCB masa ni tak de jawatan pape. malas lah PCB nak ada jawatan, baru darjah satu kan.poyo je ayat padahal tak layak nak pegang jawatan. kbai.




Masuk darjah satu mula kenal erti jadual bertugas. Dalam seminggu ada satu hari kita kena datang awal ke kelas sebab kena kemas kelas. PCB punya tugas lap cermin. tak maw ah, kotor baju je. so, bila tiba hari PCB bertugas kemas kelas, PCB akan cop penyapu awal-awal dan sapu lantai kelas.haha.rajinkan.




waktu time rehat, PCB pergilah kantin dengan kawan-kawan.masa tuh mak bagi 50 sen je. waktu tu 50 sen dah kira banyak taw. dah boleh beli lollipop taw. hik hik.sekarang ni RM5 pon tak cukup. memang seronok makan keropok yang besar-besar ngan kawan -kawan. waktu rehat adalah waktu paling best sebab dapat main kejar-kejar sampai kena marah dengan guru disiplin.huhu




memang banyak kenangan waktu sekolah. PCB belajar tak terer mana pon.huhu






notakakipakcekbiola: tetibe teringin nak jadi cikgu BI sekolah rendah





1 comment :

Syukri Mohtar said...

budak dalam gambar tu nampak mmg takut btol nak pergi sekolah.. =p