Wednesday, December 7, 2011

SLIP EXAM ADA DI TANGAN | APA TANDANYA?



Selamat petang.


oh yea, pagi tadi bergegas ke Fakulti untuk mengambil slip kemasukan exam atau nama panjang dia KMJP (Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan). itulah rutin setiap semester bila tak sampai lagi sebulan untuk final exam.


Tak sampai sebulan? owh,aku terkejut sekejap. cepat sungguh masa berlalu.dah nak final exam rupanya. bila slip exam dah ada dekat tangan,itu tandanya dah kena start buat revision.sebulan tu tak lama mana. pejam celik pejam celik cukup sebulan. tapi,yang jadi masalahnya,nak buat revision tapi assignment dan report kena submit sangatlah menggunung macam gunung Kinabalu.macam mana nak buat revision kalau keje tak siap lagi? haih..



baca buku satu 10 minit,mesti ngantok =(



oh ye,bagi mereka yang belum tahu,aku adalah final year student untuk ijazah sarjana muda. InsyaAllah,kalau tak de aral melintang, bulan 9/10 tahun depan aku graduatelah.. oo yeah!! x sabar nak lalui saat itu.nak kasi mak ayah bangga =D. tapi untuk dapatkan ijazah tu bukan senang,banyak benda kena korbankan.tapi tak pelah,asalkan berbaloi.




aku tak pastilah universiti lain bila start exam. kawan-kawan blogger dari universiti lain, korang final exam bila yer? .haha.sibuk je nak tahu tarikh final exam orang lain. yang pasti bulan 1 ni adalah bulan final exam untuk student UKM. =D. tapi seronok jugak tengok jadual exam kali ni,banyak gap untuk setiap subjek.sempatla nak study for last time =D.ok la.wish me luck ok =D




notakakipakcekbiola : mengidam gila nak makan prosperity burger. =D