Sunday, December 25, 2011

STUDY WEEK | JAUH MENYIMPANG DARI TUJUAN ASAL



Selamat petang.




oo yeah! melompat seperti kanak-kanak dapat gula-gula free. lecture untuk sem ni sudah habis dan mulai esok adalah STUDY WEEK. untuk yang tak tahu, STUDY WEEK ni satu minggu yang diberikan untuk student membuat revision tentang subjek yang diorang belajar sebelum menghadapi final exam. aku highlightkan kat situ membuat revision ye. tapi, aku rasa kebanyakan student baru nak baca nota waktu minggu STUDY WEEK.haha.




Sebenarnya minggu STUDY WEEK ni sudah jauh menyimpang dari tujuan asal dia. Kenapa? kalau kau student u, kau mampu menjawabnya dengan fasih tanpa satu point pon kau tertinggal.hehe









1) masa ni lah kau baru nak print lecture notes.


betol kan? masa lecturer bagi lecture kat depan, kau sibuk chat dengan BBM kau, HTC kau. datang kelas semata-mata nak ambik attendance. penting katanya. ada yang lagi malas, mintak kawan je tolong sign attendance. haprak pemalas punya pasal. Bila dah nak dekat exam ni baru mencari-cari notes untuk dibaca. masa ni tauke kedai print memang tak cukup tangan nak melayan adik-adik yang datang nak print notes. kaya sekejap.




2) masa untuk top up tidor.


betol. disebabkan study week ni, ramai yang malas gerak ke fakulti @ library dek x de kuliah dah, ramai lebih prefer untuk luangkan masa dekat bilik. katanya nak bermesra dengan roomate yang sebelom ni tak menyempat nak tegur. lagipon aku yakin STUDY WEEK ni merupakan waktu terbaik untuk top up tidor sebab tak cukup tidor untuk minggu sebelum STUDY WEEK. kena submit assignment punya pasal.




3) masa untuk berjimba di shopping mall


bagi yang belum insaf nak exam, mereka lebih suka gunakan waktu ini untuk ke shopping mall. ye lah, sebelum ni nak g tengok wayang tak leh pakai student card. sabtu ahad kan. sekarang ni hari isnin sampai jumaat x de kelas, masa untuk guna student card sebaiknya. amboi, hari-hari keluar. katanya nak melepas gian nak keluar setelah struggle habis-habisan buat assignement.




Sebenarnya banyak lagilah aktiviti yang tak sepatutnya dibuat masa study week.tapi ok je bagi aku.bergantung pada individu.mungkin diorang dah study awal2 n STUDY WEEK is time for rest their minds sebelom exam.ada yang dah balik kampung mohon restu mak bapak.best nya.




p/s : Selamat bercuti buat semua orang.





6 comments :

Joe_Hans said...

hahaha...biasaler lar...itulah tujuan sebenar study week... hohohohoh :)

Puteri Iqa Izyan said...

hahaha. study week la macam2 nak buat. last2 malam nak exam tidur dengan buku :))

good luck for your final!

Rozuan Ismail said...

@Joe_Hans haha.betol tuh.nak bagi masa untuk student preaper dan rest

Rozuan Ismail said...

@Puteri Iqa Izyan tidur dgn buku dgn harapan masuklah semua yg ada dlm buku tu kat kepala ye

wanie said...

great writer..heee
http://pulsowanie.blogspot.com

SAYA BUKAN SAMDOL said...

hahaha aku pun sama, jauh menyimpang juga aku bila study week ni.