Friday, December 16, 2011

SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH



Selamat pagi.salam jumaat penuh keberkatan buat semua kawan-kawan yang super awesome.




Sudah terhantuk baru terngadah. maksudnya, bila sesuatu benda tu sudah berlaku, baru terfikir nak menyesal. Peribahasa ni memang sangat sesuai dengan dunia zaman sekarang. Orang kita ni ramai yang leka dan alpa dengan syurga dunia sampaikan banyak perkara yang diabaikan.




sebagai contohnya, kesihatan. Fastfood restaurant memang tak akan berhenti membuat promosi murah dan sebagainya untuk tarik pelanggan mereka. Kita sebagai pengguna, sudah tahu yang fastfood tu kurang baik untuk kesihatan,sepatutnya berjaga-jaga dalam mengambil makanan tersebut. Bukan tak boleh makan,tapi biarlah berpada. jangan sampaikan dah kena penyakit darah tinggi atau lain-lain baru nak menyesal.




lagi satu yang berkaitan dengan kesihatan yang sekarang ni jadi isu hangat diperkatakan ialah tentang rokok. Kalau ada orang terdekat anda hisap rokok,nasihati dia k. bila aku dengar tentang kandung rokok itu sendiri,aku nak termuntah dengan racun itu,racun ini. Rokok ni memang bawak penyakit yang banyak terutamanya kanser. Jangan nanti dah kena penyakit teruk,baru menyesal sebab merokok. orang kata mencegah itu lebih baik dari mengubati.




Sekadar gambar hiasan



itu dari segi kesihatan,sekarang ni dari segi hubungan antara keluarga. Kalau sekarang ini kita punya keluarga yang bahagia,jagalah mereka dengan seadanya. Syukur pada tuhan sebab tak semua orang dapat rasa nikmat keluarga yang bahagia. Sayangi ibu dan ayah anda ketika mereka masih ada. jangan sampaikan bila saat mereka sudah pergi, baru menyesal nak menangis air mata darah.waktu tu memang nasi dah jadi bubur.




kesimpulannya, peribahasa ini sebenarnya nak ingatkan kita supaya berhati-hati sebelum sesuatu perkara lebih buruk berlaku.




notakakipakcekbiola: masuk lab sampai petang..haha.fighting!





6 comments :

Cik Muda Sae said...

hihi..tazkirah jumaat.

Iffah Afeefah said...

Nsht bergune

da tlntr br nk cegah

Shafiq said...

Pagi-pagi dah terhantuk..hehe

JIJI YU said...

engko hantu fastfood kan

Puteri Iqa Izyan said...

walaupun tahu fast food adalah sangat tidak baik untuk kesihatan, tapi tetap rase nk makan hari2. hehehe

Joe_Hans said...

hohoh..tazkirah..tapi kadang2 pengalaman yg akan lebih mematangkan kiter.. :)