Saturday, December 31, 2011

SUKA DUKA BLOG PAK CEK BIOLA (PCB) SEPANJANG TAHUN 2011 - PART 1




Selamat petang semua =D. hari ini 31/12/2011. esok, dah mula tahun baru, 1/1/2012. eyh PCB ni, semua orang tahulah benda tu.hoho.rileks-rileks. bila PCB tengok blogger lain sibuk duk buat summary / review tentang blog diorang sepanjang 2011, PCB pon teringin jugak nak buat. PCB buat 2 part sebab terlalu panjang kan. Part 1 (Januari to Jun) dan Part 2 (Julai to Disember).


secara overall, PCB dah buat sebanyak 675 entri pada tahun ini. pergh, kau biar betol PCB.apa yang kau dah merepek dalam blog ni.haha.nak taw apa yang PCB merepek. jom kita terjah dari bulan Januari ke Disember. (gigih kan!!)


Januari

entri pertama aku pada tahun 2011, for sure berkaitan dengan New Year dan azam baru. aku admit, aku pergi pavillion and celebrate new year there. I hope that's the first and the last.


owh ye, for the first time PCB pergi Broga with some of my friends. seriously pemandangan dekat sana sangat cantik dan fresh. rugilah kalau sape tak pernah pergi. yang penting, I can watch on my own, buaian yang digunakan Dr. Sheikh muszhapar during thier pre-wedding.




banyak sungguh momori manis bulan januari. lagi satu, PCB handle college festival dan PCB dilantik memegang jawatan sebagai Pengarah Persembahan. kira kena deal and handle artis2 ni semua. seronok jugak sebab artis ni baik-baik rupanya. jom lihat entri MEFeK!!


Februari

untuk bulan kedua iaitu Februari, PCB for the first time duk KL ni, pergi berjalan-jalan dengan kawan-kawan di Muzium Negara and etc. korang pernah pergi Muzium Negara? masa PCB pergi best, sebab masa tuh ada Piala Suzuki dekat sana.hoho =D



bagi blog PCB, Februari merupakan bulan bertuah kerana ada seorang blogger yang sponsor untuk buat 2 header blog free untuk PCB. cuba tengok header PCB sekarang!! itu memang blogger ini yang buat. jom kita tengok siapa blogger itu di sini =D


Mac

sekarang kita move ke bulan Mac. banyak berita sedih untuk bulan ini bagi PCB dan seluruh dunia.sebelum itu, PCB ingin letakkan gambar PCB dan kawan-kawan ke Bukit Fraser.




we back to sad story. Bulan Mac, dunia dikejutkan dengan kejadian Tsunami dahsyat di Jepun. sama-sama kita bersimpati dan berfikir sejenak dengan apa yang telah terjadi. *take 1 minutes to think*.. Masa kejadian tsunami itu berlaku, PCB juga menghadapi detik cemas sebab waktu tu PCB ada fieldwork dan berada di Mersing. Balai Polis memberi arahan untuk tinggalkan kawasan pantai. Jom baca pengalaman perit PCB menghadapi tsunami.


dalam bulan Mac juga, PCB ada terbuat satu entri yang membuat beberapa orang sensitif terhadap isu ini. PCB meminta maaf dan terus delete entry tersebut. dan malang tak berbau, laptop PCB rosak terkena air. sedih sangat.


April

tinggalkan bulan 3 sebagai pengajaran yang berguna. kita beralih ke bulan April. April merupakan bulan yang biasa sahaja. Bermula dengan Fieldwork ke Port Dickson. Seperti biasa, belajar bidang biologi memerlukan aku sentiasa ke banyak tempat untuk belajar.




Bagi pengguna blogspot, pasti mereka terkejut dengan announcement yang dibuat pada bulan ini iaitu semua pengguna blogspot perlu menggunakan email gmail sahaja untuk log in account blog. Alhamdulillah, PCB settlekan masalah itu sebab PCB guna yahoo mail.


PCB juga semakin giat dalam menghasilkan entri berbentuk parenting @ keibubapaan. pada ibu-ibu yang tengah mengandung @ bakal mengandung, huhu =D, jom tengok tips untuk dapatkan bayi lelaki dan tips untuk dapatkan bayi perempuan. selamat mencuba.


Mei

beralih ke bulan ke 5 iaitu Mei. oh yea!! PCB menang!! menang apa? tak sangka PCB ni pandai memasak. PCB ada join satu pertandingan " Follow the Recipe " with my friend. and PCB dapat juara.hoho =D. menang rice cooker uols. dan apa lagi rice cooker digunakan untuk buat stimbot versi bujang.huhu.




untuk bulan Mei, PCB masih meletakkan entri berbentuk parenting. sesuai untuk ibu bapa semua. Antaranya ialah Mendidik anak cara orang Jepun, Tips untuk ajar kanak-kanak makan sayur, Bahasa bayi penting untuk ibu bapa, dan 3 parenting blog terbaik pilihan PCB.


bulan ini juga kita dikejutkan dengan tanah runtuh yang melibatkan rumah anak-anak yatim di hulu langat. sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.


Jun

bulan terakhir untuk direview untuk part 1.untuk bulan 6 tiada apa yang istimewa melainkan bulan 6 lepas adalah tarikh exam. malas dah nak letak gambar sebab kat atas pon dah banyak gambar kan.

PCB masih tulis entri berkaitan dengan parenting. Antaranya ialah Tips untuk pupuk minat anak membacaanak bongsu, dan tips untuk rumah anda edisi anak kecil.

bulan ini jugak, PCB buat entri khas untuk ayah PCB. Happy Father's Day, ayah!!



tamat sudah summary blog PCB untuk part 1. nantikan Part 2 plak ok


notakakipakcekbiola: perkataan kaler merah dan ditebalkan tu adalah link.sila klik ye.





6 comments :

whitecappuccino said...

menarik juga perjalanan 2011..

CekbOlat-bOlat said...

wahh review.. hebar laa.. bolat tak review pom -_-"

IMANSHAH said...

terbaik..ada part2 gitew

Iffah Afeefah said...

Wah berjalan sakan ko

Shafiq said...

banyaknya catatan hidup blog PCB..:-)

hawiz said...

wow..mabelas!