Monday, December 19, 2011

TIPS UNTUK MELUPAKAN SI DIA



Selamat petang.


sangat busy dengan assssssssssssignment yang menimbun banyaknya. nak siapkan yang ini,teringat yang satu lagi. oh itu sudah biasa. dan nak dekat final exam,semua assignment perlu submit.terpaksa bersengkang mata sampai ke awal pagi dan hasilnya. mata sudah macam panda. lingkaran hitam keliling mata.haha.




ok.stop that mukadimah.back to topic. pernah bercinta and pernah putus.owh, itu lumrah adat bercinta.tak semuanya akan kekal.memang rasa hancur hati di awal perpisahan tu kan.tapi,bila lama-lama ok lah kan.so kat sini,aku nak bagi tips untuk melupakan si dia. aku belom ada pengalaman.ini sekadar dari pembacaan.










1) sibukkan diri anda


korang joinlah aktiviti apa-apa asalkan waktu korang dari pagi sampai malam terluang dan diisi. Cuba untuk busy kan diri dengan membuat kerja. Kenapa? bila korang busy, itu cara terbaik untuk korang tidak memikirkan tentang si dia. Sedikit sebanyak korang dapat fikir yang korang boleh hidup tanpa si dia.




2) Luahkan perasaan anda


luahkan perasaan pada orang yang anda boleh percaya.jangan luahkan pada musuh anda.memang anda cari nahas.luahkan pada kawan karib anda. mungkin dengan meluahkan perasaan tu,anda dapat kurangkan rasa sedih dan kurang beban anda.




3) Buang segala hadiah daripada si dia


buat apa untuk dikenang lagi pada orang yang tak sudi.kalau rasa tak dapat kawal,better buang segala pemberian dia. Sebab? makin korang tenung hadiah tu,makin korang sedih. pastuh nak feeling action winter sonata.kesimpulannya memang sedih sampai bila-bila.




4) Terima hakikat


Belajar untuk terima hakikat dan redha pada ketentuan Ilahi. anda mungkin bukan untuknya dan fikirlah ramai lagi disekeliling anda. Sebagai orang Islam,kita wajib terima qadha dan qadar tuhan. Ingat tuh!!




5) Pergi tenangkan fikiran


boleh bercuti atau lari daripada masalah. pilihalah lokasi yang mendamaikan seperti air terjun,tanah tinggi, kampung dan sebagainya. sekiranya tiada masa @ bajet, bukalah Al-Quran,baca dan fahaminya.itu juga boleh tenangkan hati kita dan sentiasa ingat pada Allah SWT




6)Berdoa dan bertawakal


Ingatlah kita dilahirkan hidup secara berpasangan dan sudah pasti ada jodoh untuk kita.sentiasa berdoa pada Dia dan bersedia untuk menerima apa yang akan berlaku.




itu sahaja tips dari aku.selamat mencuba.




notakakipakcekbiola: sedapnya mee sedap.hoho.



11 comments :

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

lagi satu tips, bercinta pabila rasa nak kawen saje utk elak frust =)

awEEN said...

oh. tq wan bg tips ni..bkn nk lupakan si dia..tgh gaduh je..so tips no 3,4 xleh lakukan lg..hehehee....

ArELeEz said...

so far, leez still simpan surat2/gambar2 kenagan mase b'chenta dgn ex2 dolu. tp, simpan sbg kenangan la.. anggap xde jodoh jer.

Shafiq said...

Kesemua tips diberikan memang berkesan dan saya dah pernah buat. :-) Tambahan sikit ek, bukan setakat lupuskan hadiah si dia malah kalau perlu, buang segala tanda kenangan2 dengan dia.

IMANSHAH said...

sob2 dah lupa dah

!! YaNa YassiN !! said...

TQ for the tipsss,.. :))

qasehraihan said...

stuju dgn semua tip di atas...sabar ye wan

fRaMe+LenSeS said...

Nadh dlu. cari baru. bila ada ramai. baru tau. upanya ilang satu mai 10. miahahahahahahaha

Note :: Lupakan ja. :D

ayie said...

http://www.sentuhanmaya.com/2011/12/menerima-suratan-atas-kita-dengan-hati.html#axzz1gPFilB7E
sabar ek.moga tabah!

Awie Omar said...

Assalamualaikum / selamat sejahtera
Terima kasih sebab sudi follow blog AWIEOMAR
dan sudah tentunya saya dah follow blog
saudara yang amat menarik perhatian ini.
Ada tak baca entri yang saya post di bawah ni?
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-pengenalan.html
Niat sebenarnya nak pelawa saudara
untuk menyertainya. Harap sudilah turut serta.
Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan saja di ruang komen
entri kamu di sini (saya akan tengok balik)
atau komen saja di blog saya.
Jika tak nak pun takpe. Maklumkan macam tadi jugak.
Atau kalau tak nak maklum balas pun tak
mengapa - saya anggap kamu tidak mahu menyertainya
selepas dua hari mesej ini di kirim.
Anyway, terima kasih kerana habiskan baca.
Saya akan tunggu keputusan anda. PEACE.

Zuhaira said...

Thanks 4 your reaction...aq x la g.wang sgt just lg tengok lg benci kan..k ...thanks again harap2 menjadi la...Amin