Saturday, January 7, 2012

AKU BUKAN PENARI | SEKADAR MENGHIBURKAN DIRI



" Cindailah mana.. tidak berkias..
jalinnya lagu .. rentak beribu..
bagailah mana.. hendak berhias..
cermin ku retak... seribu...  "


tarian. benda yang paling PCB tak suka sejak kecik. PCB mula menari since darjah 2. masa tuh, PCB kena perform for Majlis Penyampaian hadiah akhir Tahun. kan ada wakil yang kena perform dari darjah 1 sampai darjah 6. pada awalnya PCB gila malu nak menari.tetibe jer cikgu suruh paksa. dek kerana kesiankan cikgu sebab tak cukup penari lelaki, PCB redha je lah. "redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.." #okbai.


masa tu perform tarian Melayu.lagu apa ntah. noraniza idris kot. PCB dengan confident je perform depan mak ayah. naseb baek mak ayah PCB sporting. yang penting habis perform dapat pujian dari Ibu. 


"anak mak paling over menari..kalah yang lain.. "




ok.bila mak sendiri cakap macam tuh. PCB memang terasa PCB paling over. ye lah cikgu suruh all out masa perform . bak kata pepatah, "alang-alang menari atas pentas, biar paling vogue dan meletop".. adik-adik UPSR,sila jangan pakai pepatah ini,sure kena maki nanti.lepas tuh, masa PCB darjah 3, PCB perform lagi tarian Melayu.tapi sampai situ je. kira 2 kali je lah. motif nak 3 kali. kan tak pasal-pasal buat hatriks!!


stop dekat situ cerita menari PCB dekat sekolah rendah.perform benda lain ada jugak. macam main alat muzik, berlakon, menyanyi. nama pon retis. tapi sekarang ni kan citer pasal menari.boleh faham x?tiber emo!! "sila tampar saya skang dekat header atas dekat skrin laptop anda.."



masuk sekolah menengah,dah tak aktif menari dan fokus pada berlakon je. PCB aktif balik menari bila masuk universiti. masa tuh nak pilih subjek ko-kurikulum. yang tinggal ada tarian je.tapi at last, pilih tarian kontemporari. sebab minat sangat tarian moden. tarian moden tidak bererti K-pop semata-mata.kbai.


jadi, untuk kasi PCB lulus subjek ni yang diambil selama 2 semester berturut-turut, setiap semester PCB kena perform waktu Festival Seni UKM. Semester pertama menari lagu Ketahuan Remix oleh Matta Band. nak tengok video, klik sini. untuk semester ke 2 pulak, PCB menari lagu Nobody oleh Wonder Girls. ops ini kira K-pop ke? x kan.. nak tengok video klik sini.


peringkat kolej pon PCB aktif jugak untuk tarian.ada join boria sempena Pesta Konvo UKM. nak tengok video klik sini. dan menari tarian kreatif dan tarian asli untuk ICAF UKM (Inter College Arts Festival).ok lah PCB pon malas nak berleter panjang.


Apa yang PCB nak bagitahu, menari is a good thing.banyak sangat faedah. Antaranya :

  • boleh tambah stamina + kurangkan berat badan.
  • boleh tambah fokus
  • tambah disiplin diri.
  • kalau ada orang bayar buat performance, dapat pendapatan sampingan.
  • yang penting, enjoy dan puas hati.

so, PCB nak sumbat korang antara gambar PCB sewaktu menari. jemput tengok dan Jangan gela.haha.


PCB menari zapin. kau hado!!



dua dari kanan =D "boria anak tanjung..!!"


"I want nobody nobody but u..muahah!!"


ok lah.settle entri kali ni .jumpa next entry.


notakakiPCB: Alhamdulillah. bekalan air makin pulih





8 comments :

Iffah Afeefah said...

siyes pandai nari

aku jgn kate nari
lawak je karang

hawiz said...

auwww...PCB menari gitu..kelas..hihihi...wahh..hebat2..
hawiz nk nari pon xreti..hhuhu

Shafiq said...

tak pandai menari..

Izan Ishak said...

wahhh...kagum dgn PCB yg pandai menari. kalau k.izan sure keras je... huhu...

Izan Ishak said...

wahhh...kagum dgn PCB yg pandai menari. kalau k.izan sure keras je... huhu...

IMANSHAH said...

saya tengok je..menari tak reti

whitecappuccino said...

pandai jugak PCB menari tu! AKak menari hancuss..tapi menyanyi bolehlaa..

anamizu kaito said...

wahhhhh mcm2 jns tarian PCB join rupenye!! kelassssss u!! hehe



luv,
cik ana