Sunday, January 29, 2012

ANDA 21 TAHUN? TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA KEPADA NEGARA



Selamat pagi.


Desas desus ada berkata, tahun ini PRU atau PilihanRaya Umum akan mencul lagi. kalau sebelum ini, PCB masih belum layak untuk mengundi disebabkan umur masih lagi sweet 17th, pilihanraya kali ini PCB sudah layak untuk mengundi.






PCB ada baca banyak aduan yang menyatakan masih ramai lagi yang belum mendaftar sebagai pengundi. Jadi, PCB menyeru kepada anda semua yang sudah cukup umur 21 tahun, pergilah mendaftar sebagai pengundi kerana itu tanggungjawab anda kepada negara.


PCB ada terjah laman web SPR (SuruhanJaya Pilihanraya) untuk register online.tapi, rupanya mana ada register online. yang ada, anda kena download borang tu dan print. kalau nak lagi senang, pergi je dekat pejabat pos atau kaunter SPR.


PCB tahu masih ramai lagi yang belum berdaftar. Jadi, PCB harap agar semua yang layak untuk mendaftar,tak kiralah nak undi yang kaler biru ke, yang kaler hijau bulan kat tengah ke, itu hak anda.yang penting mendaftar sebagai pengundi. sempat lagi daftar sebelom terlambat untuk PRU kali ini.


ini diantara soalan lazim yang ditanya bila ingin mendaftar.


1
Q:Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih?
A:
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, bermastautin di 
dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan tidak hilang kelayakannya 
di sisi undang-undang.



    2
Q:Di manakah pusat-pusat pendaftaran?
A:i) Ibu Pejabat SPR di Putrajaya
ii) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara
iii) Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara
iv) Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
v) Tempat-tempat awam seperti pasar malam, 
taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR
vi) Kaunter SPR yang dibuka dari masa ke semasa di pusat-pusat 
membeli belah atau pasaraya


untuk info lanjut berkaitan PilihanRaya ,boleh ke laman web SPR di sini


notakakiPCB: daftar dekat pejabat pos je lah 



4 comments :

hawiz said...

errr....lom cukop umo lgi..tp dh daftar da..ihhihii

sea_lavender said...

mngaku da 21 ~ semangat patriotisme.. syg kn negara Malaysia.. hehe =D
jom mgundi ~~

Iffah Afeefah said...

mcm tak nak ngaku da 23 hahaha

shera haifa said...

aishh xdftr lg nie..