Tuesday, January 31, 2012

ENTRI KE 1000 | ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!!



Selamat pagi.


Maaf pada semua kawan-kawan yang tak sempat PCB nak blogwalking pada hari semalam. tadi, sibuk dengan kawan-kawan lama masa zaman matriks keluar berjimba. rindu sangat dekat diorang sebab jarang dapat jumpa.



Syukur pada Allah SWT kerana PCB dapat menghasilkan entri yang ke 1000 untuk kali ini. Tak sangka PCB dapat bertahan sampai ke saat ini. Kalau masa awal-awal berblogging dulu, banyak kritikan yang PCB dapat. tak tahan lamalah, entri tak bestlah dan bermacam lagi. Namun PCB ambil semua kritikan itu sebagai pembakar semangat untuk melakukan yang lebih baik.


Alhamdulillah, PCB berjaya menghasilkan entri untuk kebaikan bersama. Bermula dari isu semasa, politik, ekonomi, sosial sehingga ke pendidikan, wanita, lelaki, remaja, kanak-kanak, hiburan, makanan, keibubapaan, dan banyak lagi. Entri ini semua PCB hasilkan melalui pembacaan dan persekitaraan itu sendiri.


Namun begitu, kejayaan begini bukan pengakhiran untuk PCB rasa selesa. Banyak lagi yang PCB perlu belajar dalam dunia blog yang penuh cabaran ini. Kalau masa awal pembabitan PCB dalam dunia blog sekitar akhir tahun 2009, dunia blog di Malaysia agak suram. Namun sejak akir-akhir ini, dunia blog kita kian rancak. Ramai blogger baru yang lebih berbakat dan menonjol. Ini sebenarnya bagus dan merupakan persaingan yang sihat.


Pesanan PCB buat blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blog, jangan mudah berputus asa. Biarkan orang mengutuk anda. jadikan itu semua batu loncatan untuk anda lebih berjaya. Menulis biarlah ikhlas dan bukan kerana populariti,trafik semata-mata. InsyaAllah, entri yang ikhlas adalah lebih berkualiti dan menarik.


ok lah. PCB tahu tak semua orang punya masa panjang nak baca entri PCB. Akhir kata, PCB akan terus berjuang untuk dunia blog Malaysia. Selamat malam.


notakakiPCB : jom tengok Anugerah Pengkomen Blog Terbanyak dan Anugerah Khas Blog 
( di sini ). 



8 comments :

KiD said...

caiyok!!! lepas ni enrty ke 10 ribu lak? hehehee.. steady wan!

fRaMe+LenSeS said...

tahniah wan. :D

hazanis said...

waaa..byk tu...semoga terus berblogging dgn jayanya.:)

shera haifa said...

tahniah. teruskan berblog..:)

dim Benihana said...

power PCB...sy doakan anda akan terus maju...

pena rozie said...

Tahniah....

diana said...

wow!!dah seribu..semoga terus mantap..:)

Lea Isnawi said...

btul tu

dunia blogger 2009 memang agak suram
blogger ramai muncul taun 2010,2011

hhe