Friday, January 6, 2012

INFO BERSAMA | ISU TENTANG ZAKAT



Entri lepas PCB ada post isu alkohol dalam makanan, minuman, ubat-ubatan dan wangian. terima kasih pada yang beri respond. oh ye, blogger J. Syazwana ada minta aku review beberapa isu tentang zakat. Jadi aku gunakan laman web JAKIM untuk mendapatkan maklumat mengenai isu tersebut.







ada 3 soalan yang ditanya.PCB jawab satu persatu mengikut sumber dari JAKIM




1) zakat gaji


dari pembacaan PCB memang ada zakat gaji.Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke 56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 membincangkan zakat gaji beserta kadarnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat gaji dan pendapatan adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan kadar zakat yang dikenakan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut (sumber di sini)




2) cara pembayaran zakat yang betul


setahu PCB,zaman sekarang ni pelbagai kemudahan disediakan untuk membayar zakat. yang ni PCB rujuk pada Majlis Agama Islam Kelantan. boleh bayar di kaunter pejabat pos, boleh bayar di kaunter zakat pejabat agama Islam, boleh bayar melalui kemudahan Internet, melalui potongan gaji pon boleh (sumber di sini




3) golongan yang kena bayar zakat harta/ pendapatan


yang itu saya kurang pasti sebab tidak dapat mencari sumber yang sahih.harap dapat di bantu.




kalau korang semua nak baca Fatwa yang dikeluarkan berkaitan dengan zakat, boleh klik di sini




notakakiPCB: salam jumaat =D





3 comments :

KiD said...

berzakat membawa berkat..

J.Syazwana said...

time kasih.
at least aku tahu lah jugak.
nanti aku baca banyak2 lagi.
hihihi

MaryaYusof said...

Salam, dlu time keja mm byr zakat mll potongan gaji...biaralah potong lebih sb kekdg nak bg sedekah boleh lak terlupa...hehee..