Sunday, January 1, 2012

ENTRI PERTAMA 2012 | AZAM : BERGELAR GRADUAN UKM 2012 =D



Selamat petang.entri pertama untuk tahun 2012.


kelakar tengok Zizan dan Ustaz Izhar Idrus berceloteh sewaktu "Countdown" ala Islam dekat Shah Alam. Islam tidak pernah melarang umat dia berhibur. cuma ada batasan dan cara menyambutnya juga mestilah tiada elemen maksiat. kalau nak tengok video mereka, klik di sini.


setiap orang sibuk dengan azam baru. nak handbag baru. nak kasut baru. nak pak we mak we baru. nak bini laki baru (ops! yang ni memang kena baling pinggan mangkuk!!).


inilah jubah yang bakal PCB pakai nanti. purple kan.purple untuk Fakulti Sains dan Teknologi UKM


PCB pon tidak lari dari untuk berazam. at least orang kata, adalah matlamat hidup. PCB akan tamat belajar dekat UKM bulan 6. buat praktikal dalam 3 bulan. bulan 9/10 PCB graduate. Itu je azam PCB. Ingin jadi seorang graduan Ijazah dari UKM pada tahun ini. Moga-moga impian PCB jadi kenyataan ok. Doakan kejayaan bersama =D


serius teringin nak pakai topi dan jubah tu. itulah the best moment untuk PCB hargai jasa semua orang terutamanya ayah dan ibu PCB yang banyak sangat berjasa selama ini. nanti nak ambik gambar satu Family. wat frame besar-besar letak dekat rumah. sweet sangat =D. senyum lebar seratos tujuh puloh kali.


InsyaAllah, hajat PCB mahu kerja dahulu after graduate for few years. Then, sambung belajar balik for master,maybe. Tapi bergantung pada rezeki dan keadaan semasa. tak boleh nak expect sangat. =D


jumpa lagi for the next entry.


notakakipakcekbiola: apa azam korang tahun ini? ada yang bakal graduate sama macam PCB?


14 comments :

JIJI YU said...

dah tua dah engko eh

Iffah Afeefah said...

kite graduate sesme k

CekbOlat-bOlat said...

tahniah PCB ^^ ingt PCB ni pkcik bebenor dh.. haha..

azam bolat tak list pun yg bru..bundle yg lama..

azri johan said...

tahniah dah nak grad....

Ayuni said...

oh, samerlh kte grad bulan 6 nie....bleh konvo samer2...

shera haifa said...

moga azam tu berjaya dilaksanakan.. gud luck..:)

PCL said...

salam thn baru 2012...pcl akan pastikan ank pcl ikut jejak anda yg mahukan yg terbaik dlm sejarah hidupnya...pcl sendiri dah lalui. teruskan azam yg baik ini n semoga berjaya.

azalia hjsalleh said...

good luck ye =)

Amirah Yusof said...

tahniah pok cik biola ha dah grad :)

ayie said...

wah2 congrats ek
ptt nye aku pon dah graduate ..tapi sem lepas xdapat amik exam..kne extend sem..tgk jela pic kawan2 grad..huu..bangga x graduate dr UKM?
U ak jgk ni..hehe

whitecappuccino said...

tahniah! semoga impian PCB akan tercapai.

anamizu kaito said...

wow purple cantek! wishing u best of luck PCB!!! :)









luv,
cik ana

Ezad Skytech said...

tahniah sebab da nak grad...:D

J.Syazwana said...

UKM dah dekat dah dengan UNITEN tuh. hehehe

semoga berjaya grad ye.
belajar betul2 sem last ni :D