Tuesday, January 3, 2012

INFO BERSAMA | ALKOHOL DALAM MAKANAN, MINUMAN, PEWANGI DAN UBAT-UBATAN



Selamat malam.




tadi, saja melawat laman web JAKIM dan tertarik mengenai isu ini.




Berdasarkan Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama islam telah membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14-16 Julai 2011 telah memutuskan:-




1) Setiap minuman arak adalah alkohol. Walaubagaimanapun, bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.




2) Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.




3) Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.




4) Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.




5) Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan/diminum.




6) Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.




7) Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak. 






Sumber diambil dari E-Fatwa JAKIM.






Diharap sedikit sebanyak dapat memberi info kepada kita dalam penggunaan alkohol dalam kehidupan seharian.jika masih ragu,tanyalah pada yang pakar.




notakakiPCB: esok exam!! debar..





5 comments :

KizMySeLf said...

thank dgn infonya..

whitecappuccino said...

tq for sharing..gud luck for ur exam ya!

Shukri Mohd Ali said...

rasa nak mandi alkohol...

mr.dinie said...

nice..tq 4 sharing..XD

J.Syazwana said...

ohhoooo patot minyak wangi boleh buat solat kan.
thanks info.

p/s : boleh tak kau review pasal zakat. maybe cara pembayaran zakat yang betul, sape yang kene bayar zakat harta, zakat gaji (eh ade ke?). semua2 lah. tetiba aku cam berminat. nak google malas. hahaha. :)