Tuesday, January 10, 2012

KAU PERNAH PERGI OVERSEA NGAN NAIK FLIGHT? TAK PERNAH? SAMALAH KITA =D



ok. berehat sebentar bersama kit-kat. tak de pon kit-katnya. nota bersepah adolah. untuk dihafal di kepala hotak yang satu ini sebelum exam esok. harap-harap berbaloi hampir 5 jam berkampung di library pagi tadi untuk mentelaah subjek ini dengan penuh keyakinan dan kesabaran. #sila abaikan ayat yang penuh emosi ini.


macam orang lain jugak, PCB ada juga benda yang masih PCB belum lakukan dan teringin nak lakukan.#ayat macam mat saleh cakap melayu kejap. senang cerita, mungkin bagi orang lain, perkara ini dah biasa bagi mereka, tetapi bagi PCB belum ada kesempatan untuk melakukannya. jom kita robek satu-satu!!


1) naik kapal terbang.








sebut pasal kapal terbang, memang PCB tak pernah naik. tengok tiket kapal terbang pon tak pernah. nak apply online tiket kapal terbang pon tak reti. kira pendek kata, bab-bab kapal terbang ni memang fail. kalau nak sangat tengok kapal terbang, bukak Astro tengok Awan Dania. adalah Si Scha cantik jadi stewardess. bolehlah feeling sikit-sikit dalam kapal terbang.


budak-budak kecik sekarang ni pon dah naik kapal terbang.bukan yang nak pergi Sabah @ Sarawak, ini yang Airbus punya maw pergi London!! hebat-hebat!! entah bila PCB nak merasa naik kapal terbang. nantilah ada masa nak try merasa pijak lantai kapal terbang + sentuh badan kapal terbang. # abaikan tahap kejakunan yang tinggi.



2) pergi luar negara.


Walau umah PCB kat Kelantan tuh dekat dengan Siam a.k.a. Thailand, PCB tak pernah pergi seberang sana. paling dekat pon pergi Rantau Panjang.itu pon boleh dibilang dengan jari bape kali pernah pergi sana. Kalau tengok abang jiji yu pergi Singapore ari tuh, pergh,dengki jugaklah sikit. tengok gambar dia snap pakai baby comel DSLR dia tuh, pergh, cantik sunggoh ciptaan Allah.


PCB teringin nak pergi Australia. nak cari koala dengan kanggaru sebab mereka tu comel sangat.agak-agak lepas tak kalau nak bawak balik diorang ke Malaysia? lagipon PCB nak gi sana sebab ada GoldCoast. orang kata kat situ best sangat.tapi, PCB pon tak tahu Goldcoast tuh apa.ada macam Sunway Lagoon x? haha.Sunway Lagoon pon PCB tak pernah pergi.



cukuplah dua dulu.malas nak letak banyak-banyak.nanti bertambah-tambah jakun PCB.kih kih..


notakakiPCB: kan best kalau dapat tiket flight pergi Australia.. best jugak.ada sape2 maw ikot?




8 comments :

aDisH.sHidA said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah biar betul dapat tiket g australia...akak nak ikut la.....

whitecappuccino said...

Insyaallah, satu masa nanti tercapai la hajat PCB untuk naik flight n gi oversea/Australia ke mana2.janji simpan duit lebih skit baru best!

KiD said...

insyaAllah.. akan tercapai hajat nanti.. sekarang study dulu.. kid dah kerja baru merasa naik kapalterbang =)

Pezol Stylez said...

aku tiap2 thn naik kapal terbang time study nih...haha

Yatie Awang said...

jangan kata pergi oversea naik flight pun akak belum pernah

:Cikgu Akim: said...

tak penah ag nek flight adoyai..nak pegi paris jom!

J.Syazwana said...

tak pernah naik jugak.
sebab tuh neves gila nak tunggu next week nih. adoiii

Kalamhati said...

insyaAllah..dah keje nnt wan pegi la melancong kt memana naik flight..
akak ni pun sbb kena ngaja kt swak dulu tu yg dpt naik selalu..=)