Friday, January 13, 2012

NAK DEKAT TAHUN BARU CINA, MESTI NAK HUJAN!



selamat petang.




perbualan bawah ini adalah lakonan semula. ini adalah antara ibu, ayah dan PCB sendiri.






Ayah: cuba tengok awan, mendung je. mesti nak hujan.


Ibu: itulah, tadi panas bukan ke main? tetibe nak hujan. 


Ayah: Selalu mesti macam tuh, bila dekat nak Tahun Baru Cina, mesti hujan. setiap tahun macam itu.


Ibu: tak elok ada kepercayaan macam tuh. kan hujan panas ni kan aturan tuhan. kalau Dia suruh hujan, hujan lah jugak.


PCB: betollah apa yang ayah cakap. ibu. wan pon perasan.. apa kaitan ye Tahun Baru Cina dengan hujan? (berfikir dan terus berfikir..)






tamat perbualan..




sekadar penambah selera di petang hari.




PCB tak pasti kalau korang pon pernah terdengar akan benda ni. Bila nak dekat Tahun Baru Cina, mesti nak hujan. ada yang nak share cerita?







15 comments :

Cik Bambam said...

sebab thn baru cina jatuh bulan yg sama ngan musim tengkujuh kannn~ apa yg pelik? hehehehe

faizulosman said...

perasan gak... dah mmg time dia kot...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/masihkah-ada-sinar.html

Kalamhati said...

yup..bg kepercayaan org cina kalau hujan turun before CNY..ada ong! tu yg mak akak oyak..hehe tp btul.bila ujan satu petanda baik.

..cik gugu.. said...

ye ke ? gugu ta pasan pon .. heheh

Iffah Afeefah said...

mmg sgt takde kaitan

Sam Bredariol said...

actually setahu aku la.. tak tahu sejauh mana kebenaran dia.. time cny org2 cina akan sembahyang kire mcm mintak hujan/rezeki turun.. biasanya habes smpi ke hari chap goh mei.. itu kpercayaan dia lah.. pada kita mungkin sbb hujan tuh mmg dah diaturkan Tuhan..

whitecappuccino said...

biasa dengar jugak..lepas raya cina baru kemarau..

shera haifa said...

sbb musim hujan dgn raya cina tak bleh dipisahkan. hehe..

joke*

KizMySeLf said...

memang begitulah yang selalu orang cakap..

Asy Faro said...

tak tau pun. =)

Syarih said...

tak ade kaitan dengan TBC pun...dah musim ujan la katakan..eheh.

Cik Sibuk said...

salam,

ha..betul2. lagi satu, kalau bulan puasa mesti panas terikkkkk. tatau la kot memang betul ke, ataupun sebab kita tak minum air tu yang terasa panas?

IMANSHAH said...

sedap limau tu

Shukri Mohd Ali said...

dah nak hujan nak buat macam mana...

sarah said...

KAWAN SAYA CINA. DIA KATA HUJAN TU UNTUK CUCI DOSA..KEPERCAYAAN DIAKAN???