Sunday, January 15, 2012

PANTUN BREAKFAST ALA MALAYSIA



Selamat pagi.




dapat idea nak berpantun pagi ni hasil dari blogwalking Iffah. amboi jiwang semacam dia pagi ni (rujuk entri dia). Tapi pantun PCB bukan jiwanglah tapi pantun pasal breakfast.huhu.






Sekadar gambar hiasan



Ibu ayam tengah bunting,
dikejar musang tak mampu lari,
makan sarapan itu penting,
beri tenaga sepanjang hari.


berjalan-jalan dengan Pak Cik Arhan,
untuk berkelah di daerah Bentong,
nasi lemak pasti pilihan,
sedap dimakan dengan sambal sotong.


indah sungguh warna mata,
bila dipandang bertambah seri,
roti canai, roti planta,
makanan wajib di pagi hari.


Pergi ke Pahang perlu berteman,
untuk belajar menaiki kuda,
tak lengkap sarapan tanpa minuman,
teh tarik pasti pilihan anda.


pergh,susah gila nak karang pantun ni.adoi! kena asah balik bakat ni.haha.ada yang berani nak balas dengan pantun jugak ke? silakan2. ahak


notakakiPCB: ok.nak lunch!!



12 comments :

faizulosman said...

ok lah tu pandai buat pantun... not bad lah...

Onitsuka_hana said...

jom sarapan

Sunah Sakura said...

akak makan roti canai sekeping pagi tadi dengan karipap kentang 2 ketul dengan donat 1 biji bersama teh o panas...erk!

atenhuhulala said...

pagi pagi makan rojak, makan rojak sambil gayut tepon. wah,karang panton tak ajak pon.
Hihi. nice meet you. -_-

hawiz said...

wahhh..kerlasss pokcik..pantun bagai..ermm..sedapnyer!!

::blog anak jawer:: said...

baca time tghari... pun mampu buat org lapo..hehehe

Kalamhati said...

kalu mkn roti canai sbmil baco pantun wan ni mesti keno tambah 2 butir lg roti canai..haha

Shukri Mohd Ali said...

lapar.

KaK LimAh Si SupiR said...

xmampu nk berpanun jgk :P

Cik Sibuk said...

salam,

tera2..saya reti pantun 2 kerat aje..
pecah kaca pecah gelas
lepas baca harap balas

Iffah Afeefah said...

pokcik pandai berpantun

abis sume berpantun ni

aku mls nk layan pantung bukan jiwang ni haha

KiD said...

pak cek biola buat sarapan,
sarapan bersama wanita idaman,
kalau malas nak buat sarapan,
makan aje kat restoran..

hehhheheheeh