Monday, January 2, 2012

PELAJAR MALAYSIA DI LUAR NEGARA | TERKENA KEJUTAN BUDAYA?




Selamat malam.




rasa tak sedap hati dan mata memandang bila melihat aksi pose seorang pelajar wanita Malaysia di UK. yang pasti, beberapa tahun lalu, dia merupakan seorang yang menjadi kebanggaan negara. Mendapat straight A1 SPM dalam matapelajaran yang banyak bukanlah sesuatu yang mudah. pasti dengan usaha yang tekun, doa yang tidak henti serta semangat oleh orang sekeliling.


kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan pelajar kita yang berkahwin sesama lelaki, kali ini, kita sekali lagi dikejutkan dengan gambar-gambar kurang menyenangkan. PCB harap semua ini palsu dan semua gambar itu bukanlah dia yang sebenar. Tapi,apakah punca sebenar semua ini berlaku?


sungguh PCB terkejut jika melihat pakaiannya. kalau nak dikatakan tidak bertudung, itu kira biasa.sebab di Malaysia sendiri pon bertimbun saja yang tidak bertudung. tapi bila lihat pakaiannya, gayanya.sedikit risau dan bimbang. apakah yang membuatkan dia boleh jadi sebegitu.pada awal pengajiannya di sana, cantik,bertudung litup. tapi lama-lama semakin hilang begitu sahaja. bukan hilang di bawa lari, hilang dalam dunia sendiri.


pergaulannya juga amat bebas.memeluk lelaki mat saleh sana sini. tapi, PCB harap dia masih Islam. sama-sama doakan. mungkin kita di sini senang untuk berbicara kerana kita tiada di tempatnya. Tapi, kita boleh berdoa kerana Tuhan sentiasa dengar keluh kesah kita.


Kalau benar itu dia, semoga kembali ke pangkal jalan.masih tidak terlambat kerana perjalanan masih jauh. PCB tiba-tiba teringat kisah seorang pelajar wanita Malaysia yang genius suatu ketika dahulu. masuk Oxford pada usia terlalu muda. Namun, bila melihat gambar dia berbogel di suatu laman web, mula rasa sangsi dengan kepintaran yang dianugerahkan.


Sesungguhnya,semakin bijak dan pintar kita,semakin besar dugaan yang diberikan. Tuhan ingin melihat sejauh mana kita mampu bertahan. Buat dia, PCB berdoa agar kembali ke pangkal jalan. ingatlah maruah ibu bapa dan keluarga di sini. Malaysia amat memerlukan orang seperti anda untuk memberi sumbangan kepada negara.


notakakiPCB: sakit itu penghapus dosa.



18 comments :

ArELeEz said...

tuhan m'uji hamba-Nya selagi mane Dia sygkn hamba-Nya itu. sbg hamba yg diuji, kita perlu sentiasa redha dgn ujian-Nya, muhasabah diri, p'betulkan mane yg t'gelincir dr landasan & b'doa. insyaallah.. kita akan masih dlm peliharaan-Nya..

Ayuni said...

hm, betul ke? takut media je....

.::TAIKO ::. said...

bila macamni rasa lagi bersyukur belajar dlm negara...
at least xd la jd mcmni
syg sgt bile jd mcmni...:(
mane maruah bangsa n negara yg dibawa ke tempat org tu...

:Cikgu Akim: said...

Bersyukur belajar kat MALAYSIA..tapi pelajar malaysia pown ada yg lebih dari pelajar luar..so sama-sama muhasabah diri kan...yang penting kita tahu asal usul kita..di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung~

nini said...

belajar kat mana2...semuanya kena kuat....kalau tak kuat....hancur...erm

Shafiq said...

Jati diri dan iman kena kuat.

yura said...

yeke...bkn pelanduk 2 serupe ke..skrg teknlogi dah canggih... harap 2 bkn die...

udin said...

hurmmmm.. sedih bila baca kisah macam ni.. salah siapa? diri sendiri? rakan sebaya? kejutan budaya? kurang didikan agama..

p/s: harap2 terbuka la hati diorang untuk berubah..

IMANSHAH said...

salam

betul ke FB tu disahkan kesahihannya?? takde ke super impose??

hawiz said...

ade gak tgk kt google td..hurmm...xtau la betol ke tak..tp camsama..huhu

Cik tikah said...

sedih tgok dia dah berubah :(

ayie said...

harap dia baca blog PCB..amin

whitecappuccino said...

kadang2 kelebihan juga boleh jadi satu kelemahan kalau tidak dimanfaatkan dengan betul.

azalia hjsalleh said...

terkejut jugak tgk gambar dia

Fendy said...

http://fendy1302.blogspot.com/2012/01/perbualan-ringkas-bersama-amalina-che.html

mcm tu la kan...moga beliau berubah

lizz said...

tulah kan...elok2 pakai tudung tetiber jadik cenggitu kesian maknyer...tengok anaknyer cam tu...

Iffah Afeefah said...

mmg org skang ni

teruk2

Lizzie Yasmin said...

sapa pun boleh berubah kalau based tak kukuh.