Saturday, January 14, 2012

PIJAK SEMUT PON TAK MATI




Selamat tengahari.


agak-agak bila masa korang dapat dengar "pijak semut pon tak mati." biasanya bila korang dok bercakap tentang seorang yang hipokrit. ye. H-I-P-O-K-R-I-T.. sila eja satu-satu untuk mengurangkan kesilapan ejaan.


situasi pertama.

Abu (bukan nama sebenar) merupakan seorang yang sangat nakal dekat sekolah.selalu buat kesalahan disiplin seperti panjat pagar sekolah, ponteng kelas dan sebagainya. Kira bahasa kasar digelar "Syaitan " dekat sekolah. Namun bila di rumah, berbeza sungguh perangai dia. seorang yang sopan dan baik dimata ibu bapa.


ini lah yang digelar depan mak ayah, pijak semut pon tak mati. baek bebenor.




sekadar gambar hiasan..


situasi kedua.

Timah seorang yang pelahap bila makan. Makan tak baca doa. Nasi kalau tak setinggi Gunung Everest memang tak sah. Lauk sekali makan 4 jenis. ayam, ikan, udang, sotong. itu belom lagi pencuci mulut, puding karamel. #okbai.tetibe lapar.haha.


Nak dijadikan cerita, bila keluar dating makan dengan pakwe, amboi!! sebelum makan baca doa. makan slow-slow. kepala tunduk segan. Nasi tu makan dah kunyah 40 kali baru telan. wah! tapi bila pakwe mintak pergi toilet, masa tuh dia terkam makan habis-habis.


owh, ini jugak dikatakan pijak semut pon tak mati.bukan nak sentap tapi mesti ada yang terasa kan.hoho.


notakakiPCB: selamat lunch. selamat bercuti.





8 comments :

shera haifa said...

lebih senang jd diri sndiri..xpyh nk cover2 smua tu. kalau tak diri sndiri yg rugi

hawiz said...

errr...mmg xmati...kan3..hawis pon kdg2 adegak...hik3

Kalamhati said...

hehehe slalu gak tgk anak2 murid yg semut tak mati depan cikgu..bila cikgu takde mcm hantu je jadi

whitecappuccino said...

tu la orang selalu kata, kat rumah, pijak semut pun tak mati tapi kat luar, macam hantu!

Cik tikah said...

kisah yg tepat dgn perkataan hipokrit. benci sungguh dgn org hipokrit!

CekbOlat-bOlat said...

kdg2 kita pun tak sdar.. bhwa kita kdg2 hiporkrit =="

Iffah Afeefah said...

Slalu jumpe org gni

J.Syazwana said...

nsib baik aku bkn mcm timah. haha. jd dri sendiri lg best !