Tuesday, January 17, 2012

SIAPA KATA JADI GURU KERJA MUDAH?



Selamat malam.




Guru. walaupun 4 huruf, lebih pendek daripada bilangan huruf pekerjaan lain seperti doktor, artis, jurutera, dan sebagainya, namun, guru tetap profesion paling mulia di muka bumi tuhan ini. Teringat kata-kata seorang guru PCB sewaktu sekolah dahulu,




" Seorang jurutera tidak dapat menlahirkan seorang guru..
Seorang doktor tidak dapat melahirkan seorang guru..
Seorang artis tidak dapat lahirkan seorang guru..
Namun, seorang guru dapat melahirkan jurutera, doktor dan artis.."


Tugas seorang guru bukan semudah yang kita sangka. Apa yang masyarakat tahu, guru pergi ke sekolah,ajar anak murid kasi pandai, dapat gaji tiap bulan. Tapi, guru lebih daripada itu. Guru bukan sekadar seorang pengajar, tetapi guru juga seorang pendidik. PCB nak kasi tugas guru in a simple way, kasi lebih faham


tak semua orang boleh jadi guru..


TUGAS SEORANG GURU

  • mengajar anak murid sehingga faham apa yang diajar
  • mendidik anak murid untuk bersifat mulia seperti berdisiplin,menghormati orang tua dan sebagainya
  • seorang guru biasanya memegang sesuatu kelas sebagai guru kelas
  • kadang-kadang, guru mengajar lebih daripada beberapa kelas
  • ada juga guru yang mengajar subjek yang berbeza-beza
  • Sesetengah guru memegang jawatan dalam sekolah seperti kaunselor, guru disiplin, dan sebagainya
  • Guru ditugaskan untuk menjadi penasihat dalam aktiviti kokurikulum samada sukan, persatuan dan unit beruniform
  • untuk guru yang mengajar anak murid yang akan menduduki peperiksaan, rela hati hadir pada hujung minggu dan waktu malam untuk mengajar kelas tambahan.

sebenarnya, banyak lagi tugas seorang guru yang tidak disebut. banyak bukan! ada sesetengah masyarakat kini suka menyalahkan guru. anak tidak cemerlang kenapa? sebab guru!! anak ponteng sekolah kenapa? sebab guru!! kenapa nak salahkan guru semata-mata? sedangkan sedikit pon tidak melihat kesilapan ibu bapa, masyarakat dan pelajar itu sendiri.


Buka mata, buka hati. guru itu manusia biasa. punya sabar, punya hati, punya perasaan.PCB respect dengan semua orang yang bergelar guru. Bukan calang-calang orang dapat jadi guru, kalau kau tak sabar, kau tak dedikasi, kau tak berusaha, lupakan cita-cita kau untuk jadi seorang guru..


Terima Kasih guru! biarpun masyarakat kini ada yang memandang serong terhadapmu.tapi bagi PCB, guru tetap paling mulia!!


notakakiPCB : ibu seorang guru agama! penuh dedikasi,penuh sabar. sentiasa tersenyum walau dalam hati tiada siapa yang tahu.



16 comments :

JIJI YU said...

aku ni cikgu lg..warden lagi.doc pon aku kekadang..tukang urut pon aku..akauntan pon aku..ape lagi..sume nye aku la..padahal aku seorang cikgu je

Sutera said...

tima kasih guruku, aku kini seorang mekanik di sutera aircon specialist. he...lebih kurang specialist kat spital gak???

...:::yaniemora:::... said...

guru jugak boleh lahirkan busneswoman..tapi kadang2 busnesswomen boleh jadi guru plak untuk next busnesswomen..siap jadi pemberi semangat!!heheheheh

EZAD AMIR said...

Yup..lawyer,jurutera,arkitek,majistreet,street fighter..sume tu dilahirkan oleh guru..takde guru,xde la dorg sume..

Tp dri perspektif kosmiknya,
guru bkn je entiti yg hidupnya mengajar di sekolah je,
sesiapa pn boleh jd guru..
Pengemis pn bleh jd guru..wlau sepatah ilmu yg dia ajar,dia dh bleh dianggp sbg guru..tp guru yg x diiktiraf la..hik3
^_^

cucu umie said...

alhamdulilah rasa bangga juga bkl menjadi seorng pendidik.. insya-Allah dpt mendidik anak bangsa kelak

KiD said...

saya pernah jadi guru kemahiran hidup..

Original CikTeddy said...

cg bkn skdar cg..bnyk kerja laen depa kena buat..mcm2..kdang2 cik balek skolah,depa x balek lg..hurm,syg cg sume!huhu

Iffah Afeefah said...

Mkasih utk entry ni

sarah said...

bagi saya, guru adalah mulia..guru2 saya dulu adalah guru yang hebat dan kerana mereka saya berjaya..timaksih cikgu...

yua said...

guru ibarat lilin....

shraqs said...

Tak kisahla kerja apapun, asalkan sumbernya halal,.. semua kerja ada kemuliaannya,.. bergantung kepada orang yang mewakili kerja tersebut. Baik cara pembawaannya, baiklah nama profesion tersebut dan sebaliknya. IMHO

akubersamaCahya said...

thank u. doakan abc jadi guru yang terbaek. sebab... guru sekarang dah lain sgt dengan guru dulu2.. ;) dunia berubah kan.

shera haifa said...

cikgu pun datangnya dari didikan cikgu..cikgu terima kasih laa kepada cikgu yg menjagar mu..

whitecappuccino said...

hanya guru sahaja yang tahu tugas mereka yang sebenar..tq for posting this entry.

line said...

hormati la guru.. pelik kepada mereka y membenci guru y cube memberi kebaikan.. [geling3 kepale]

john said...

Kerja cikgu berat lah juga tpm berat lg org berkerja kontrak , kerja bawah panas buat rumah n bangunan..gaji cikgu pn mahal..ok lah kalau kerja barat sikit pn..berbanding ngan orang kerja kontrak..