Sunday, January 8, 2012

TIPS ELAK MATA KERING DAN MERAH



Selamat petang.


agak lewat hari ini PCB update entri.#erk. bukannya ada orang nak baca pon entri PCB.huhu. sebenarnya PCB baru pulang dari Sungei Wang Plaza. mesti ramai akan anggap PCB shopping. owh tidak sama sekali.walau jualan murah masih berlambak, poket PCB yang sudah kering ini tak dapat nak menampung nafsu untuk shopping.


PCB ke sana untuk mendapatkan bekalan ubat mata PCB. oh ye kawan-kawan. kalau korang nampak mata PCB merah, itu bukan bermakna PCB sakit mata. Mata PCB memang cepat merah sebab terlalu kering dan terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling. PCB sudah round satu KL cari ubat tuh,dan yang pasti ubat itu hanya ada di Watsons Store Sungai Wang Plaza sahaja.


nama ubat ni Efemoline. memang susah nak dat sebab controlled medicine
tujuan dia untuk kurangkan mata merah.


selain ubat tuh, PCB juga akan gunakan "artificial tears" atau air mata palsu untuk tujuan melembapkan mata PCB. jadi, memang PCB kena ambil berat dalam penjagaan mata PCB yang agak kering dan cepat merah.


TIPS-TIPS UNTUK ELAK MATA KERING DAN MERAH

1) Kurangkan menonton televisyen atau laptop

kalau boleh, jangan terlampau kerap melihat televisyen atau menggunakan laptop.guna sekadar yang perlu. skrin televisyen atau laptop boleh buatkan mata kita cepat kering dan letih. Jarak melihat televisyen dan laptop juga perlu diambil kira kerana akan memberi kesan kepada mata kita apabila terlampau dekat.


2) amalkan pemakanan yang sihat

pemakanan juga memainkan peranan yang penting dalam penjagaan mata. amalkan memakan lebih sayur dan buah terutama lobak merah. Lobak merah mempunyai kaya vitamin A yang boleh menjaga mata kita dengan baik.


3) kurangkan berada di tempat yang panas atau ber-aircond.

Kawasan panas boleh menyebabkan suhu badan kita meningkat dan pengeluaran air mata berkurangan dan menyebabkan mata kering.keadaan penghawa dingin juga memberikan mata kita kering dan mudah menjadi merah.


4) sediakan bekalan ubat mencukupi.

jika kita dapat rasakan mata kita cepat kering dan merah, segera berjumpa dengan doktor pakar mata kerana mereka lebih mengetahui masalah anda. jangan biarkan ia berlarutan kerana boleh membahayakan diri anda. gunalah ubat mata yang sesuai atas saranan doktor dan bukan saranan diri sendiri.itu sangat berbahaya.


PCB memang akan sediakan bekalan ubat mata setiap masa. setiap bulan PCB akan beli ubat mata yang disarankan doktor dan akan berjumpa doktor pakar mata untuk pemeriksaan lanjut.


notakakiPCB: rasa nak demam.better makan ubat.esok exam plak.#kbai. Happy birthday buat Akak @ Mom to be Yana , Mat Gebu (chef terror) dengan Doyah (gossip girl i)



8 comments :

ainol akasyah said...

pcb,
kalau mata merah lepas pakai contact lense boleh pakai ubat ni x?

*jemput koin segmen sy : SEGMEN : COVER PHOTO TIMELINE PALING AWESOME?

Azwa Azee said...

PCB jaga kesihatan mata tu esp time exam sekarang..

whitecappuccino said...

mata akak selalu merah bila lama pakai contact lences..espcially bila letih.

Kalamhati said...

akak pun mudah merah mata bila duduk bawah lampu kalimantan ataupun aircond..nk kena cari ubat ni kat farmasi la..tq wan!

aCu said...

wanje, cika pun selalu mata merah. taleh kene ekon langsung. agaknye wanje pun selalu nampak mata cika kuar urat2 mata kan? igt nk try la. brape ye sekotak?

anamizu kaito said...

mahal x ea ubat ni PCB??? cik ana da la mmg kje dlm ekon..huuuuu




luv,
cik ana

Anonymous said...

PCB, klu mate kering bleh tak pkai ubt nie??

Anonymous said...

Harga?