Monday, January 16, 2012

TIPS JIMAT BELANJA DAPUR



Selamat tengahari.


Alhamdulillah. panjat syukur pada tuhan sebab beri rezeki untuk lunch tengahari tadi. Pada yang belum lunch, jangan lupa makan ye. kerja memang kerja, belajar memang belajar, tapi makan perlu untuk jaga kesihatan kita. Makan kerana Allah SWT, insyaAllah dapat ganjarannya.


Pasti ramai yang sibuk memikirkan bagaimana cara untuk kurangkan perbelanjaan. Ye lah, zaman sekarang ni, harga barang mahal dan kita pula banyak benda perlu di bayar. bil air, bil letrik, bil telefon, Internet, kereta, sewa rumah dan banyak lagi. Jadi, berjimat itu penting dan pandai bezakan keperluan dan kehendak kita.


Kali ini, PCB akan share satu artikel yang PCB baca daripada iluvislam.com (rujuk sini)


sekadar gambar hiasan..


TIPS JIMAT BELANJA DAPUR


1) Sumber makanan
  • kurangkan kebergantungan kepada membeli barang (bercucuk tanam di halaman rumah)

2) Masak sendiri
  • masak sendiri lagi jimatkan kos berbanding makan di kedai,m selain kualiti makanan dan kebersihan lebih terjamin.

3) Diet harian
  • diet mempengaruhi perbelanjaan barang dapur.elakkan snek kerana harganya lebih mahal.

4) Ubahsuai menu
  • makanan yang tidak habis, jangan dibuang tetapi pilih makanan yang masih boleh digunakan.

5) Sisa makanan
  • sisa makanan yang dibuang boleh dijadikan baja kompos untuk kebun di halaman rumah.

terima kasih kepada penulis asal kerona berkongsi idea. untuk membaca dengan lebih detail, boleh rujuk di sini.


notakakiPCB: makanan memang mahal.nasi dengan ayam je pon dekat RM4 sepinggan.



6 comments :

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bab baja kompos tu yg tak blh menahan tu.klu duk kampung leh cuba kan?klu duk taman ada umah penuh lalat nnt letak sisa blakang umah.moga blh jimat bila blk tanah air nnt, brg 2 kat m'sia mahal berapi..huhu

yad'z said...

wahh... men cucuk2 tanam nieh.. tapi kalau duk bando ni hah.. tanah pong tak de nak becucuk tanam.. ehehehhe..

yua said...

nice tips rozuan...

haha nasi ayam rm4. agak mahal laa.. janji sedapp :) nasi ayam pusanika not bad :)

mamawana said...

Dok bandar kalu boto nak jimat, bawak bekal, masak sendiri bekalan dari rumah, nasi putih, sambal tolor, sayur kangkung pun sodap... tukar2 hari ni kari tolor, esok sambal tolor, luso tolor goreng... sebab ikan mahal, ayam lagi mahal dll mahal huhuhu...Dok kek bandar tanah cucuk tanam tak hado. Senyum sikit. Permisi.

sarah said...

BERCUCUK TANAM SENDIRI TU IDEA BAIK..TAPI RUANG KECIK..APA LA DEN DAPAT TANAM???

whitecappuccino said...

cantik dapur tu..kemas!